'Mentari Muncul Lagi' untuk Slam - Utusan Malaysia

‘Mentari Muncul Lagi’ untuk Slam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pandemik Covid-19 benar mengubah dunia kehidupan kita. Di kala ini, ramai yang mula memberi lebih fokus kepada pembangunan ekonomi, keluarga dan sosiobudaya. Industri seni tidak terkecuali.

Ramai penggiat meluahkan kesukaran hidup di kala negara berdepan apndemik. Apa yang diharapkan, ada jalan keluar atau peluang untuk mereka yang dalam kesusahan meraih pendapatan demi kelangsungan hidup.

Maka, peluang untuk kembali beraksi di pentas dalam konsert berskala besar tidak dilepaskan oleh kumpulan Slam. Bakal menggegarkan Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 17 Januari 2021 dengan Konsert Mentari Muncul Lagi pastinya pelbagai kegusaran juga timbul.

Dengan keadaan semasa yang semakin merunsingkan, Slam harus memikirkan cara terbaik dapat merealisasikan impian dan harapan peminat untuk beraksi dalam konsert besar.

“Kami sangat yakin dengan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan penganjur, Shiraz Projects. Malah kita juga pernah terlibat dengan beberapa projek sebelum ini, jadi SOP konsert pastinya lebih ketat.

“Apatah lagi melibatkan konsert berskala besar yang dihadiri ribuan peminat. Pastinya keselamatan dan SOP akan dilaksana sebaik mungkin bagi mengelakkan kluster Slam pula,” jelas Shah yang sempat berseloroh.

Ditanya tidak timbulkah kerisauan konsert terpaksa dibatalkan di saat akhir, Shah mengakui mereka terima dan reda andai itu keputusan terbaik demi mengekang penularan Covid-19 yang semakin ‘mengganas’.

“Kami sebolehnya tidak mahu mendengar cakap pengkritik atau warganet yang tahu mengecam sahaja. Sekiranya ada perubahan kami akan umumkan. Jangan risau, kita doa yang baik-baik,” katanya.

Berbicara soal konsert, Shah yang mewakili ahli kumpulan lain masih lagi membincangkan barisan lagu dan konsep yang bakal dipersembahkan. Pastinya Slam dan Shiraz Projects menjanjikan yang terbaik untuk peminat semua.

Mengakui ‘pening’ untuk mencari konsep baharu sementelah mereka sudah berpuluh kali menghiburkan peminat dengan konsert berskala besar yang berjaya meletakkan nama Slam sebagai salah satu kumpulan sepanjang zaman.

“Kita akan pilih lagu yang bakal dipersembahkan sebelum membincangkan soal susunan muzik. Kita cuba untuk memenuhi permintaan peminat yang mahukan beberapa lagu wajib untuk dipersembahkan. Lagu banyak, susah juga nak pilih.

Untuk makluman, konsert Slam Mentari Muncul Lagi menawarkan tiket berharga RMM700, RM360, RM260, RM200, RM160 dan RM130. Layari www.myticket.asia untuk keterangan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya