"Kereta Shuib disita? Biarlah orang buat spekulasi" - Pengurus - Utusan Malaysia

“Kereta Shuib disita? Biarlah orang buat spekulasi” – Pengurus

Shuib akan menjelaskan situasi sebenar berhubung kenapa dipanggil SPRM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pelakon, Shuib tidak boleh memberi sebarang kenyataan berhubung dakwaan keretanya sudah ditarik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, Shuib akan menjelaskan beberapa perkara termasuk spekulasi yang tular di media sosial selepas urusannya dengan SPRM selesai.

“Shuib tidak boleh beri kenyataan apa-apa. Biarlah orang buat spekulasi. InsyaAllah, apa sebenarnya (berlaku), kita akan beritahu apabila semuanya selesai,” jelas pengurusnya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Shuib dan beberapa selebriti lain dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram melibatkan perniagaan air miliknya.

Shuib menerusi laman sosialnya sebelum ini menyifatkan insiden yang berlaku adalah salah satu cabaran dalam membina empayar perniagaanya.

“Saya dipanggil untuk membantu siasatan berkenaan Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan terima kasih kepada SPRM kerana memberi layanan yang sangat baik sepanjang 23 jam siasatan.

“Saya anggap ini satu cabaran dan dugaan dalam bisnes. Doakan perniagaan kami terus maju dan memberi manfaat pada semua orang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN