Puas dapat buat sendiri batik ikat celup - Utusan Malaysia

Puas dapat buat sendiri batik ikat celup

POJEK Batik Ikat Celup Program Semarak Kraftangan di Port Dickason, Negeri Sembilan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
PESERTA menunjukkan hasil tekstil dihasilkan selepas proses ikat celup.

Ikat dan celup adalah di antara teknik banyak digunapakai dalam penghasilan batik buatan tangan. Coraknya yang berulang menggunakan warna terang dan tampak eksklusif.
Motif geometri yang ditampilkan juga menjadikan ia pilihan untuk digayakan sama ada lelaki atau wanita.
Aksesori dalam bentuk beg galas atau perhiasan rumah yang menggunakan batik ini turut mencuri tumpuan atas faktor keunikannya.
Tiada sejarah tepat mengenai ikat celup. Namun motif berbentuk bulatan kecil dan garisan dengan warna-warna terang seperti merah, kuning, biru dan hijau mula diperkenalkan di zaman pra-Columbia sekitar 500-800 masihi.
Mengenai aspek penghasilannya, ia juga dikatakan sudah lama digunakan oleh masyarakat Jepun tetapi dikenali sebagai ‘Shibori’. Ia digunakan dalam penghasilan kain untuk dibuat kimono.
Bagaimanapun susur galur sejarah batik ikat celup, ia tetap digemari dalam kalangan masyarakat tempatan. Murah atau mahal harganya, bergantung kepada kekemasan teknik mengikat sewaktu proses celup dilakukan.
Dalam usaha membantu membangunkan ekonomi penduduk setempat terutama yang tinggal di kawasan luar bandar pelbagai inisiatif diambil kerajaan bagi membantu mereka dalam menjana pendapatan.
Agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya iaitu Perbadanan Kraftangan Malaysia, tidak ketinggalan mengadakan pelbagai program berkaitan kraftangan.
Baru-baru ini, 65 penduduk sekitar Kampung Teluk Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan menyertai aktiviti makmal pembangunan dan pengeluaran produk kraf batik ikat dan celup anjuran agensi tersebut.
Program itu bukan sahaja memberi fokus kepada pengusaha kraf tetapi bertujuan melahirkan lebih ramai penggiat kraf di negara ini.
Peserta projek diberi penekanan kepada kemahiran membancuh warna, teknik ikat dan celup serta proses ‘matikan’ warna.
Penulis berkesempatan melihat sendiri proses penghasilan produk batik seperti baju-T dan selendang yang dihasilkan dengan teknik ikat celup ini sewaktu berkunjung ke kampung berkenaan.
Seorang peserta, Abu Bakar Yusof, 65, berkata, sebagai pesara dia bergantung sepenuhnya kepada pendapatan menerusi kehadiran pelancong yang menginap di inap desa miliknya.
Katanya, selepas menyertai Program Semarak Kraf, beliau berjaya memberi nilai tambah kepada inap desa yang diusahakan.
“Saya kini boleh membuat sendiri batik ini. Malah turut terfikir untuk menawarkannya kepada pelanggan yang menginap di inap desa saya sebagai suatu nilai tambah,” katanya.
Keunikan pengalaman berkunjung di kampung ini bukan setakat menggamit kehadiran pelancong malah aktiviti seperti ini dapat mengekalkan kesenian warisan negara kita dan kongsikan bersama para pelancong dari luar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.