Musim Monsun mula dirasai - Utusan Malaysia

Musim Monsun mula dirasai

HULU TERENGGANU 13 Dis 2022 - Sidek Sulong, 65, menahan pukat berhampiran rumahnya berikutan air sungai mulai naik akibat banjir sewaktu tinjauan di Kampung Kepah, Kuala Berang hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SHAH ALAM, 13 Disember 2022 – Seorang penduduk, Marko Suparno, 42, memancing di tasik yang dinaiki air selepas hujan berterusan malam tadi di Setia Impian di sini hari ini.
Hujan diramalkan berterusan sehingga awal tahun depan. -UTUSAN/SADDAM YUSOFF
RANTAU PANJANG, 11 Disember 2022 – PENDUDUK Kampung terpaksa menggunakan sampan untuk keluar dari kawasan rumah yang dinaiki air untuk mencari barang keperluan. Kampung Gual Tok Deh, Rantau Panjang, Kelantan.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
RANTAU PANJANG, 11 Disember 2022 – ROHMAH Che Abdullah terpaksa meredah banjir untuk memberi makan kepada lembu peliharaanya di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan. -UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
HULU TERENGGANU 12 Dis 2022 – Ahmad Razi Harun, 43, bersama rakannya melihat keadaan sekeliling kawasan rumahnya yang dinaiki air berikutan banjir sewaktu tinjauan di Kampung Nibong hari ini.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu terus meningkat kepada 644 orang daripada 164 keluarga pada 10 pagi ini berbanding 545 orang daripada 136 keluarga pada petang semalam. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
SETIU 31 Dis 2022 – Nur Irina Maria Ruzali, 11, dan adiknya Nur Aisha Alia Ruzali, 7, kelihatan ceria bermain banjir di halaman rumahnya yang dinaiki air sewaktu tinjauan di Kampung Nyatuh disini hari ini. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
MARANG 13 Dis 2022 – Orang ramai memenuhi kedai dobi layan diri untuk melakukan kerja-kerja membasuh dan mengering pakaian sewaktu tinjauan di sekitar bandar Marang hari ini.
Perniagaan dobi layan di sekitar bandar Terengganu mendapat sambutan luar biasa susulan musim hujan. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang) sehingga esok. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
HULU TERENGGANU 12 Dis 2022 – Penduduk setempat, Zaid Mohammad, 45, mengambil kesempatan dengan menjaring ikan berhampiran sungai rumahnya yang dinaiki air akibat banjir ketika tinjauan di Kampung Matang hari ini.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu terus meningkat kepada 644 orang daripada 164 keluarga pada 10 pagi ini berbanding 545 orang daripada 136 keluarga pada petang semalam. -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya