PETALING JAYA: Lebih tiga juta pengguna di Kuala Lumpur dan lima daerah di Selangor berhadapan masalah gangguan bekalan air berjadual berikutan penyelenggaraan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1). Lima daerah di Selangor yang terjejas ialah Petaling, Klang, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Bagaimanapun mulai hari ini bekalan kembali puliH secara berperingkat. Namun, para penduduk melakukan pelbagai usaha untuk mendapat air.


