Hotel Grand Mercure mercu baharu SA Sentral

Hotel Grand Mercure mercu baharu SA Sentral

Grand Mercure
MAHMUD Abbas (tengah) melihat replika Hotel Grand Mercure pada Majlis Grand Mercure Shah Alam Sneak dekat Galeria SA Sentral, di Shah Alam, Selangor, hari ini - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hotel di Plaza Perangsang di sini akan kembali beroperasi apabila Grand Mercure mengambil alih keseluruhan lapan tingkat teratas bangunan itu yang menempatkan 156 bilik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Datuk Mahmud Abbas berkata, pengambilalihan serta proses pengubahsuaian dilakukan sejak dua bulan lalu dan dijangka mula beroperasi pada hujung tahun depan.

“Grand Mercure Shah Alam disasarkan beroperasi sepenuhnya pada penghujung tahun 2026. Selain itu, kami menyasarkan kira-kira 90 bilik akan boleh diinap sebelum Sukma (Sukan Malaysia) Selangor pada Ogos tahun hadapan.

“Justeru, orang ramai yang mahu menyaksikan temasya itu boleh menginap di hotel berkenaan,” katanya dalam majlis Grand Mercure Shah Alam Sneak Preview By PKNS, semalam.

Tambahnya, Hotel Grand Mercure bakal menjadi tarikan baharu sebagai sebuah perkhidmatan hospitaliti terkemuka di Shah Alam (SA) Sentral berdasarkan kedudukan Plaza Perangsang yang strategik di pusat bandar.

“Grand Mercure mempunyai reputasi yang baik dalam industri perhotelan, justeru PKNS ambil keputusan untuk bekerjasama dengannya. Selain reputasi, hotel tersebut mempunyai sistem tempahan bilik antara yang terbaik di dunia.

“Oleh demikian, kami melihat Grand Mercure adalah pilihan tepat dibina di Plaza Perangsang,” ujarnya.

Katanya lagi, konsep moden heritage dipilih sebagai hiasan dalaman serta bilik penginapan kerana mahu membawa suasana kampung di dalam hotel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN