Mahkamah lulus penstrukturan semula Thai Airways - Utusan Malaysia

Mahkamah lulus penstrukturan semula Thai Airways

SEORANG pramugari Thai AIrways melayan pengunjung restoran berkonsep dalam pesawat di Bangkok , semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Thailand meluluskan penstrukturan semula Thai Airways, yang mempunyai hutang berbilion dolar dan bergelut untuk bertahan selepas terkesan dengan pandemik Covid-19.

Sektor penerbangan global dilanda krisis pandemik ketika semua negara menyekat perjalanan, memaksa syarikat penerbangan Thailand itu memohon bantuan kewangan daripada kerajaan.

Menurut media tempatan, kerajaan Thailand yang pernah menjadi pemegang saham terbesar, mengurangkan kepentingannya dalam syarikat penerbangan itu pada pada Mei.

Kes itu kemudiannya dibawa ke mahkamah insolvensi untuk menyelesaikan hutang syarikat penerbangan terbabit yang berjumlah 332.2 bilion baht (RM44 bilion) pada akhir Jun.

Dalam keputusannya semalam, mahkamah menyatakan, masalah kewangan yang dihadapi oleh Thai Airways bukan berpunca daripada perniagaannya tetapi disebabkan perubahan pesat dalam sektor penerbangan, terutama kesan akibat Covid-19.

Mahkamah bersetuju dengan permintaan kerajaan untuk rancangan pemulihan yang akan melihat hutang dan organisasi syarikat dapat disusun semula.

Thai Airways memutuskan untuk mengusulkan rancangan itu pada akhir tahun ini.

Masalah salah tadbir urus telah lama diperkatakan dalam Thai Airways dan Kementerian Pengangkutan Thailand pada Ogos mendapati, masalah kewangan disebabkan oleh amalan rasuah, termasuk sogokan membabitkan pemerolehan 10 pesawat.

Kerajaan sebelum ini telah menyalurkan peruntukan sebanyak 54 bilion baht (RM7.15 bilion) bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu sehingga mencetuskan protes dalam kalangan rakyat.

Pakar penerbangan, Brendan Sobie berkata, Thai Airways telah beberapa kali menyusun semula struktur penerbangan, namun usaha tersebut tidak cukup untuk menyelesaikan banyak masalah yang sudah lama berlaku.

Kerajaan Thailand menjangkan, ekonomi negara itu yang bergantung kepada sektor pelancongan akan menyusut lebih daripada tujuh peratus pada tahun ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya