KPKB terima pinjaman modal pusingan RM1.55 juta - Utusan Malaysia

KPKB terima pinjaman modal pusingan RM1.55 juta

MAS Ermieyati Samsudin bergambar selepas penyerahan cek replika Pinjaman Modal Pusingan kepada Ramilan Abd. Rahman (dua dari kiri) di Kota Bharu, Kelantan semalam. - FOTO/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KPKB) menerima pinjaman modal pusingan RM1.55 juta yang disalurkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di sini semalam.

Yang Dipertua KPKB, Ramilan Abd. Rahman berkata, sebanyak RM1.5 juta akan digunakan bagi membiayai modal pusingan aktiviti Ar-Rahn manakala baki RM50,000 pula bagi membiayai aktiviti jual beli emas terpakai.

Katanya, dana berkenaan dapat merancakkan lagi aktiviti kredit kepada ahli-ahli Permodalan Kelantan Berhad (PKB), aktiviti pajak gadai serta meningkatkan lagi taraf sosio-ekonomi rakyat melalui Ar-Rahn.

“Semenjak ditubuhkan pada 1998, ahli PKB kini seramai 353 orang dan kita bermatlamat menjadi koperasi terbaik di Kelantan serta Malaysia.

“KPKB kini mempunyai 32 cawangan di seluruh Malaysia secara usahasama dengan KPB dengan pengeluaran pinjaman sebanyak RM0.6 bilion pada 2019 dan sasaran kita tahun ini adalah RM1 bilion,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan Pinjaman Tabung Modal Pusingan disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,  Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Turut hadir Pengerusi KPKB, Azly Othman dan Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Abas Abu Bakar.

Menurut Ramilan, KPKB terus berkembang apabila dilantik sebagai pengurusan francais Ar-Rahn melalui Franchise Management (FMC) sehingga mempunyai lima syarikat francais dengan 52 cawangan di bawahnya.

“Terbaharu KPKB melalui anak syarikat Xtra Biz Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Duhaloka Pit untuk membangunkan sistem E-Rahn yang menggunakan konsep Tawarruq.

“Sistem E-Rahn memudahkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai badan pemantau untuk mendapatkan statistik pelaporan secara tepat. Pengguna juga dapat membuat capaian melalui aplikasi ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya