BSN lantik Mujibburrahman sebagai Ketua Eksekutif baharu - Utusan Malaysia

BSN lantik Mujibburrahman sebagai Ketua Eksekutif baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bank Simpanan Nasional (BSN) melantik Mujibburrahman Abd Rashid sebagai Ketua Eksekutif baharunya berkuat kuasa hari ini, selepas sebelum ini beliau memegang jawatan Pemangku Ketua Eksekutif bank itu.

BSN memaklumkan, Mujibburrahman mempunyai pengalaman lebih tiga dekad dalam industri perbankan, termasuk lebih 18 tahun berkhidmat dengan bank itu, dengan kepakaran merangkumi perbankan runcit, transformasi perniagaan, pelaksanaan strategi, pengurusan risiko dan penglibatan pelanggan.

“Beliau mula berkhidmat di BSN pada 1994 sebelum kembali menyertai bank itu pada 2018 selepas memegang beberapa jawatan kanan di Bank Islam, termasuk sebagai Pengurus Besar Perbankan Pengguna.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sepanjang berkhidmat di BSN, beliau turut memegang pelbagai jawatan kanan termasuk Timbalan Ketua Eksekutif, Ketua Pegawai Perniagaan dan Pengarah Negeri,” katanya dalam kenyataan.

Terbaharu, beliau menyelia operasi, keutamaan strategik serta prestasi perniagaan BSN ketika memegang jawatan Pemangku Ketua Eksekutif bank itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini