Peruntukan Belanjawan 2027 diunjur RM437.8 bilion - Utusan Malaysia

Peruntukan Belanjawan 2027 diunjur RM437.8 bilion

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengunjurkan jumlah peruntukan Kerajaan Persekutuan bagi Belanjawan 2027 lebih tinggi sebanyak RM437.8 bilion.

Perbelanjaan pembangunan (DE) dijangka meningkat kepada RM83 bilion berbanding RM81 bilion yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2026.

“Belanjawan 2027 dijangka kekal mengembang secara sederhana, di samping meneruskan laluan konsolidasi fiskal dengan sasaran defisit fiskal berpotensi dikekalkan sekitar 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK),” katanya dalam nota penyelidikan.

RHB IB berkata, gabungan dasar yang dilaksanakan dijangka memberikan sokongan bersasar dalam jangka pendek, selain mengekalkan ruang fiskal bagi pelaburan strategik.

Menurutnya, pendekatan itu juga penting bagi memperkukuh potensi pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam jangka sederhana.

“Keseluruhan gabungan dasar dijangka menyediakan bantuan bersasar dalam tempoh terdekat, sambil mengekalkan ruang fiskal untuk pelaburan strategik dan memperkukuh potensi pertumbuhan Malaysia dalam jangka sederhana,” katanya.

Belanjawan 2027 dijangka diumumkan pada 9 Oktober 2026. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×