REALME, jenama telefon pintar melengkapkan siri P4 terkini dengan memperkenalkan realme P4x dan realme P4 Lite yang diletakkan sebagai ‘adik’ berkuasa kepada P4 Power 5G.
Kedua-dua model ini membawa kekuatan teras siri P iaitu bateri Titan tahan lama, paparan lancar, dan bantuan kecerdasan buatan (AI) pintar ke segmen lebih mampu milik, menawarkan prestasi sepanjang hari kepada pengguna muda tanpa sebarang kompromi.
realme P4x: Daya tahan unggul dan kebolehpercayaan permainan
realme P4x dibina buat golongan mementingkan kuasa tahan lama dan prestasi konsisten bagi gaya hidup aktif dengan bateri Titan 8,000 miliampere-jam (mAh) yang terbesar dalam segmennya, menyampaikan penggunaan sebenar selama beberapa hari.
Ia mampu menyokong hampir 10 jam permainan intensif dengan satu pengecasan penuh mencapai 9.48 jam dalam Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan lebih 10 jam dalam PUBG.
Bateri ini diperkukuhkan dengan Teknologi Bionic Repair, menawarkan sehingga 1,600 kitaran pengecasan dan kesihatan bateri mampan selama tujuh tahun, sambil mengekalkan operasi stabil merentasi julat suhu luas dari -20 darjah celcus hingga 53 darjah celcus.
Ia menyokong pengecasan pantas 45 watt (W) dan pengecasan songsang 6W, membolehkan telefon berfungsi sebagai bank kuasa bagi peranti lain.
Paparan P4x dilengkapi dengan Ultra Smooth 6.8 inci 120 Hertz (Hz) dengan kecerahan puncak 900 nits, memastikan pengalaman skrol lancar, kawalan sentuhan responsif dan kejelasan baik walaupun di bawah cahaya matahari.
Prestasi dikuasakan oleh cip Unisoc T7250 octa-core, disokong oleh sistem penyejukan grafit seluas 10,000 milimeter persegi (mm) dan teknologi Bypass Charging bagi mengekalkan kadar bingkai stabil serta mengurangkan haba semasa sesi permainan yang panjang.
AI Gaming Partner menawarkan lima pengoptimuman utama: Ultra Boost, Network Optimization, Cleanup Acceleration, Do Not Disturb, dan Game Manager.
Peranti yang dalam reka bentuk Aero Racing Design yang memukau dengan warna Phantom Navy dan Rally White ini dijual pada harga RM999.
realme P4 Lite: Profil nipis, kuasa sepanjang hari mengagumkan
realme P4 Lite menggabungkan kuasa besar mudah alih unggul, dilengkapi bateri Titan 7,000mAh iaitu terbesar dalam kelasnya dalam badan ultra-nipis 8.38 milimeter (mm), menjadikan telefon pintar 7,000 mAh paling nipis dalam segmen ini.
Ini membolehkan penggunaan sepanjang hari dengan lebih lapan jam permainan (10.4 jam dalam Free Fire) dan kesihatan bateri yang mampan selama enam tahun.
Pengecasan disokong melalui pengecasan pantas 15 W dan pengecasan songsang 6 W. Peranti ini dilengkapi paparan HD+ 6.8 inci 120 Hz dengan kecerahan puncak 900 nits dan DC Dimming untuk paparan selesa.
Prestasi didorong oleh cip Unisoc T7250 octa-core, dibina bersama sistem penyejukan grafit 10,000mm.
Pengguna akan mendapat manfaat keseluruhan daripada kecerdasan buatan, termasuk ketersediaan AI Gaming Partner, AI Editor Suite (AI Eraser, AI Clear Face, AI Image Matting), AI Outdoor Mode bagi meningkatkan kejelasan skrin dan prestasi rangkaian serta Mini Capsule mudah pada bar status.
Sambungan diperkukuhkan oleh HyperSignal Antenna System, meningkatkan prestasi isyarat di kawasan liputan lemah.
Seperti adik-beradiknya, P4 Lite menawarkan perlindungan kukuh melalui reka bentuk ArmorShell dan penarafan IP64.
Ia hadir dalam reka bentuk Future Tech Design moden dengan dua warna premium, Titan Grey dan Pulse Purple pada harga RM699. – UTUSAN










