Sektor perkhidmatan lonjak 8.1%, cecah RM682b

Sektor perkhidmatan lonjak 8.1%, cecah RM682b pada suku pertama

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sektor perkhidmatan Malaysia mencatatkan pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus pada suku tahun pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ketua Perangkawan, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, prestasi memberasangkan itu didorong oleh aktiviti ekonomi domestik yang terus kukuh sepanjang tempoh berkenaan. 

“Perbelanjaan pengguna kekal berdaya tahan sempena sambutan Tahun Baharu Cina, Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri terus menyokong momentum pertumbuhan” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, segmen perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman serta penginapan merekodkan pertumbuhan tertinggi sebanyak 7.7 peratus dengan hasil RM 512.3 bilion.

Katanya, peningkatan pendapatan hasil pelasaran gaji Sistem Sasaran Perkhidmatan Awam (SSPA) dan gaji minimum kebangsaan turut membantu memperkukuh kuasa beli isi rumah. 

“Selain itu, kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 memberi impak positif kepada subsektor penginapan susulan peningkatan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa. 

“Segmen maklumat dan komunikasi serta pengangkutan dan penyimpanan turut mencatatkan peningkatan 9.5 peratus dengan hasil RM 97.3 bilion,” jelasnya.

Beliau berkata, sumbangan aktiviti digital seperti e-dagang dan perkhidmatan berasaskan teknologi terus memperkukuhkan pasaran ekonomi negara. 

Jelasnya, pendapatan e-dagang bagi suku tahun pertama 2026 dilaporkan berjumlah RM 317.9 bilion, mencatatkan pertumbuhan tahunan sebanyak 2.8 peratus. 

“Subsektor kesihatan swasta pula mencatatkan pertumbuhan kukuh sebanyak 13.5 peratus yang mencerminkan permintaan tinggi terhadap rawatan berkualiti. 

“Dalam pada itu, jumlah guna tenaga dalam sektor perkhidmatan meningkat kepada 4.6 juta orang dengan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.7 peratus. 

“Jumlah gaji dan upah turut meningkat 5.0 peratus kepada RM 35.3 bilion yang disokong terutamanya oleh subsektor makanan dan minuman serta hartanah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN