PEOPLElogy, Pulsifi pacu transformasi tenaga kerja dengan AI

PEOPLElogy, Pulsifi pacu transformasi tenaga kerja dengan AI

SHAMSUL Majid (tengah) hadir menyaksikan majlis menandatangani jalinan kerjasama strategik antara Peoplelogy dan Pulsifi di St Giles Boulevard.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: PEOPLElogy Berhad menerusi GOAL memeterai kerjasama strategik bersama platform kecerdasan bakat antarabangsa, Pulsifi bagi mempercepatkan transformasi tenaga kerja digital berorientasikan kecerdasan buatan (AI).

Pengasas dan Pengarah Urusan PEOPLElogy, Allen Lee berkata, kerjasama ini sekali gus memacu kecerdasan pasaran kerja di Malaysia.

“Kerjasama ini melambangkan lebih daripada sekadar perkongsian teknologi, malah ia mencerminkan visi bersama kami dalam memperkasakan organisasi menerusi penyelesaian kecerdasan tenaga kerja berasaskan AI yang lebih pintar.

“Langkah strategik ini bakal menyepadukan Model Transformasi 6-Dimensi (6D) proprietari milik PEOPLElogy dengan platform analitik pintar yang dipacu AI oleh Pulsifi untuk membantu organisasi membina tenaga kerja masa hadapan yang berdaya tahan.

“Dalam pada itu, integrasi teknologi ini membolehkan syarikat tempatan membuat keputusan berasaskan data yang tepat merangkumi keseluruhan kitaran hayat bakat termasuk pemerolehan, pembangunan, pengekalan dan perancangan penggantian,” katanya dalam sidang media sempena majlis meterai perjanjian antara kedua-dua syarikat tersebut.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat AI Negara di bawah kementerian, Shamsul Majid berkata, landskap transformasi negara pada masa kini perlu dipandu oleh pelan strategik komprehensif yang dipanggil AI Ignition. 

“Pelan AI Ignition ini  merupakan seruan tindakan penting bagi Malaysia untuk tempoh 60 bulan akan datang bagi merancang hala tuju ekosistem, permintaan, bekalan dan teknologi negara.

“Dalam usaha mendepani fasa ini, saya menyarankan agar semua majikan sengaja mewujudkan projek-projek AI jangka pendek secara bersasar dalam organisasi masing-masing,” ujar beliau.

Projek berskala kecil yang disyorkan berlangsung selama maksimum enam minggu itu bertujuan membolehkan tenaga kerja sedia ada melibatkan diri secara langsung dan membiasakan diri dengan ekosistem digital tersebut. 

Pasaran tenaga kerja semasa terbahagi kepada tiga dimensi utama iaitu tenaga kerja sedia ada yang perlu dipertingkatkan keupayaan mereka, tenaga kerja masa hadapan dalam kalangan mahasiswa universiti serta kanak-kanak di sekolah.

Bagi kumpulan mahasiswa universiti, Shamsul menasihatkan mereka mendalami domain pengajian masing-masing secara lebih mendalam memandangkan individu yang lemah dalam bidang mereka mudah dimanipulasi oleh unsur halusinasi teknologi AI.

“Bagi sektor awam pula, Pejabat AI Negara telah mengedarkan alatan AI Generatif termasuk Gemini kepada kira-kira setengah juta penjawat awam daripada keseluruhan 1.4 juta kakitangan bagi mempercepatkan proses penggubalan dasar. 

“Inisiatif menyeluruh daripada sektor swasta dan awam ini dijangka mampu mengurangkan kebergantungan luar, sekali gus memastikan lonjakan Malaysia sebagai sebuah negara AI yang kompetitif berjalan dengan jelas,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN