PETALING JAYA: MdS Food Industry memperkukuh jualan dalam talian sebagai strategi utama memperluas pasaran produk makanan halal ke seluruh negara, selari dengan peningkatan permintaan terhadap makanan sedia dimakan (RTE) yang berkualiti, tahan lama dan diyakini pengguna. Pengasasnya, Md Shukor Johari berkata, pensijilan halal yang diperoleh pada 16 Mac 2023 menjadi pemangkin penting dalam meningkatkan keyakinan pengguna serta mengukuhkan kedudukan jenama di pasaran. “Status halal bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna beragama…










