Manulife revolusi perlindungan penyakit kritikal menerusi MultiCI Enrich

Manulife revolusi perlindungan penyakit kritikal menerusi MultiCI Enrich

VIBHA Coburn (depan, tiga dari kanan) bersama Perunding Kanan Supergenix, Professor Dr. Leong Chee Onn (depan, empat dari kanan) dan wakil media sempena pelancaran MME di sini, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Manulife Malaysia melancarkan Manulife MultiCI Enrich (MME), sebuah penyelesaian penyakit kritikal berperingkat yang direka untuk menyokong rakyat Malaysia bermula daripada peringkat pengesanan awal sehingga pemulihan jangka panjang.

Pelancaran itu dibuat berdasarkan dapatan Kajian Manulife Asia Care Survey (ACS) 2025 yang menekankan perubahan cara rakyat Malaysia menghadapi proses penuaan, di mana individu kini hidup lebih lama namun berdepan ketidaktentuan kewangan akibat penyakit kronik yang berulang.

Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Malaysia, Vibha Coburn berkata, pengalaman menghadapi penyakit kritikal bukan lagi satu peristiwa tunggal, sebaliknya merupakan satu perjalanan yang mungkin berlanjutan selama bertahun-tahun.

Katanya, MME menawarkan perlindungan berbilang fasa dengan tuntutan berulang sehingga usia 99 tahun, khusus untuk penyakit yang progresif selain mengintegrasikan alat kesihatan pencegahan yang mengikut personaliti individu.

“Melalui Manulife MultiCI Enrich, kami menangani realiti penyakit kritikal yang boleh berulang dan berkembang dari semasa ke semasa.

“Dengan menggabungkan perlindungan tuntutan berulang serta inovasi seperti maklumat farmakogenomik dan pengesanan awal kanser, kami beriltizam untuk bersama rakyat Malaysia pada setiap langkah perjalanan kesihatan mereka,” katanya semasa sesi bersama media sempena pelancaran tersebut, baru-baru ini. 

Kajian ACS menunjukkan tujuh daripada sepuluh responden mengakui bahawa kesejahteraan kewangan secara langsung mempengaruhi tahap kesihatan mereka, sekali gus menonjolkan jurang umur panjang yang mana kehidupan lebih lama tidak semestinya bermakna lebih stabil dari segi kewangan.

MME bertujuan menutup jurang tersebut dengan menawarkan perlindungan berbilang peringkat meliputi sehingga 188 keadaan kesihatan bagi memastikan perlindungan berterusan sehingga ke usia tua.

Mengulas lanjut, Vibha berkata, pelan ini turut menggabungkan alat sokongan farmakogenomik (PGx) bagi membantu pelanggan memahami tindak balas gen terhadap ubat-ubatan serta bayaran balik untuk ujian Pengesanan Awal Pelbagai Kanser (MCED).

“Selain itu, MME turut menyediakan sokongan penjaga bagi penyakit Alzheimer dan demensia teruk serta Perlindungan Peristiwa Kemasukan yang memberi bantuan kewangan semasa kemasukan hospital yang tidak dijangka atau pembedahan kompleks.

“Inovasi ini selaras dengan komitmen Manulife untuk menyediakan penyelesaian kesihatan yang membantu individu bukan sahaja ketika krisis, malah sepanjang perjalanan hidup mereka,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN