Manaf Gardner Associates, FAOM bangun bakat fintech 

Manaf Gardner Associates, FAOM bangun bakat fintech 

HUW Gardner (tiga dari kanan) pada majlis memeterai MoU antara Manaf Gardner Associates dan FAOM di Money20/20 Asia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Manaf Gardner Associates memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Persatuan Fintech Malaysia (FAOM) bagi memperkukuh ekosistem bakat teknologi kewangan (fintech) di negara ini di Money20/20 Asia. 

Dalam kenyataan bersama­nya, kedua-dua entiti berkata, Manaf Gardner secara rasmi menjadi sebagai rakan pendidikan eksekutif FAOM, mencerminkan komitmen bersama untuk mempercepat pembangunan bakat dan peningkatan keupayaan dalam landskap fintech Malaysia yang pesat berkembang.

Katanya, fokus utama kerjasama ini ialah pembangunan dan promosi bersama inisiatif Malaysia Fintech 2030, yang bertujuan memperkukuh saluran bakat industri serta ke­siapsiagaan untuk pertumbuhan masa depan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Inisiatif ini selaras dengan agenda pembangunan negara, termasuk Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), yang menekankan transformasi digital serta pembangunan tenaga kerja berkemahiran tinggi sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Pengerusi Manaf Gardner Associates, Datuk Dr Nora Manaf berkata, Malaysia berupaya menerajui fintech, tetapi pertumbuhan yang mampan bergantung pada pembinaan ke­upayaan yang betul di samping inovasi. 

“Perkongsian ini adalah untuk membantu membentuk ekosistem bakat yang lebih kukuh dan memastikan pemain fintech Malaysia mempunyai akses kepada pembelajaran praktikal yang bermaklumat di peringkat global,” ujarnya.

Melalui kerjasama ini, Manaf Gardner Associates yang di­terajui Nora dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Profesor Dr Colyn Gardner akan bekerjasama rapat dengan FAOM yang diwa­kili Presidennya, Anil Singh Gill, bagi mengenal pasti jurang ke­upayaan, membangunkan program relevan secara bersama.

Jelasnya, mereka juga akan menyokong pemain fintech di pelbagai peringkat pertumbuhan, daripada syarikat pemula hingga syarikat yang sedang berkembang dan bersedia untuk penyenaraian.

“Format program di bawah kerjasama ini merangkumi bengkel masterclass jangka pendek di Malaysia, program re­sidensi antarabangsa di sekolah perniagaan terkemuka, program pensyarah jemputan serta laluan pembelajaran modular yang membawa kepada pensijilan yang dikeluarkan universiti. 

“Program-program ini juga layak dituntut di bawah HRD Corp, sekali gus membolehkan syarikat tempatan memanfaatkan levi latihan mereka dan memperluas akses kepada ahli FAOM,” ujarnya.

Sementara itu, Anil berkata, pembangunan bakat adalah teras kepada kemajuan berterusan ekosistem fintech Malaysia. 

“Kerjasama ini memperkukuh keupayaan kami untuk mengenal pasti jurang kemahiran, membangunkan laluan pembelajaran bermakna secara bersama serta menyokong ahli dalam menghadapi industri yang berkembang pesat,” jelas­nya.

Majlis pemeteraian MoU ini diwakili oleh Pengarah Manaf Gardner Associates, Dr Huw Gardner. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini