Bateriku perkukuh ekosistem pelancongan di Selangor

Bateriku perkukuh ekosistem pelancongan di Selangor

KETUA Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling (dua dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku, Azarol Faizi (dua dari kanan) pada majlis menandatangani MoC antara Bateriku dan Tourism Selangor baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bateriku (M) Sdn. Bhd. (Bateriku) dan Tourism Selangor Promosi Sdn. Bhd. (Tourism Selangor) menandatangani memorandum kolaborasi (MoC) bagi kerjasama strategik yang bertujuan memperkukuhkan aspek keselamatan pelancongan, bantuan tepi jalan serta pengalaman pelawat di seluruh negeri Selangor. 

Menurut kenyataannya, ker­ja­sama ini mencerminkan ko­mitmen bersama dalam memperkukuhkan ekosistem pelancongan Selangor melalui sokongan mobiliti inovatif, integrasi digital dan inisiatif keselamatan awam yang memberi manfaat kepada pelancong domestik dan antarabangsa.

Melalui kerjasama ini, Bateriku akan menyokong para pelancong menerusi perkhidmatan bantuan tepi jalan atas permintaan serta ekosistem rujukannya, sekali gus memberikan ketenangan minda kepada pengguna jalan raya yang menjelajah Selangor. 

“Tourism Selangor dan entiti berkaitannya juga berpotensi untuk diserap sebagai Rakan Digital Bateriku bagi mempertingkatkan bantuan kepada pelancong serta akses kepada perkhidmatan sokongan kecemasan.

“Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Bateriku akan bertindak sebagai Rakan Rasmi Bantuan Tepi Jalan bagi acara-acara terpilih anjuran Tourism Selangor, bagi memastikan sokongan bantuan yang efisien sepanjang aktiviti pelancongan utama dan program-program negeri,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua pi­hak juga akan bekerjasama dalam inisiatif pemasaran dan penjenamaan bersama yang berteraskan promosi ‘Safe Tourism’ di Selangor. 

Jelasnya, ini termasuk kempen penjenamaan bersama serta integrasi penjenamaan ‘Visit Selangor’ pada kenderaan Bateriku di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran terhadap Selangor sebagai destinasi pelancongan yang selamat dan mesra pelawat.

“Kerjasama ini turut meneroka penubuhan ‘Safe Zones’ Bateriku di hab dan tarikan pelancongan terpilih di seluruh negeri. 

“Rakan industri pelancongan dan hospitaliti juga berpeluang mengintegrasikan perkhidmatan Bateriku sebagai kemudahan nilai tambah kepada tetamu hotel dan pelawat, sekali gus

meningkatkan keyakinan dan keselesaan pelancong,” ujarnya.

Bateriku berkata, kerjasama ini juga akan menyokong inisiatif keselamatan jalan raya berasaskan data menerusi perkongsian maklumat berkaitan lokasi hotspot kerosakan kenderaan. 

“Data tersebut berpotensi membantu mengenal pasti kawasan perjalanan berisiko tinggi serta menyumbang ke arah penambahbaikan infrastruktur keselamatan jalan raya, papan tanda dan usaha kesedaran di kawasan tumpuan pelancongan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN