Allianz Malaysia rai ulang tahun ke-25 bersama pelanggan

Allianz Malaysia meraikan ulang tahun ke-25 bersama pelanggan dan komuniti

allianz
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) mengalu-alukan semua untuk merasai kemeriahan di Karnival Allianz, satu acara yang meraikan perjalanan gemilang selama 25 tahun dalam membina kepercayaan dan perlindungan bersama para pelanggan, sambil menyumbang kembali kepada masyarakat.

Karnival Allianz berteraskan kesejahteraan, gaya hidup aktif dan hubungan bermakna, mencerminkan komitmen Allianz Malaysia dalam melindungi kehidupan serta menyokong kesejahteraan masyarakat sekeliling.

“Selama 25 tahun dan seterusnya, kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan untuk melindungi kehidupan rakyat Malaysia. Karnival Allianz merupakan cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan atas kepercayaan dan sokongan berterusan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang.

“Ini bukan sekadar sambutan pencapaian kami, tetapi juga peluang untuk memberi kembali kepada masyarakat dengan mewujudkan ruang untuk orang ramai berkumpul, memberi tumpuan kepada kesejahteraan mereka dan mencipta kenangan baharu. Kami mengalu-alukan semua untuk menyertai acara yang penuh makna ini,” tambah beliau.

Terbuka kepada orang ramai dengan kemasukan percuma, Karnival Allianz akan menjelajah tiga lokasi, bermula di AEON Tebrau City di Johor Bahru dari 19 hingga 24 Mei 2026, diikuti oleh 1 Utama di Petaling Jaya dari 10 hingga 14 Jun 2026, dan Queensbay Mall di Pulau Pinang dari 17 hingga 21 Jun 2026.

Selain aktiviti yang menyeronokkan, Allianz Malaysia juga sekali lagi bekerjasama dengan rakan hospitalnya, KPJ Healthcare dan Sunway Healthcare Group untuk menawarkan pelbagai pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung termasuk saringan mata, ECG mudah alih, InBody BMI dan banyak lagi. Cenderahati akan diberikan kepada pengunjung yang melengkapkan semua aktiviti.

Karnival Allianz bukan sekadar satu sambutan; ia merupakan cerminan perjalanan Allianz Malaysia selama 25 tahun dalam membina kepercayaan dan melindungi kehidupan, serta

menekankan komitmen Syarikat untuk memperkasa orang ramai dalam membina masa depan yang terjamin sambil memupuk komuniti yang sihat dan aktif.

Pada awal tahun ini, Allianz Malaysia telah memulakan sambutan ulang tahun ke-25 dengan satu kempen khas bagi menghargai pelanggan atas kepercayaan dan sokongan mereka sepanjang suku abad yang lalu.

Susulan berakhirnya Fasa 1 (Burst 1) kempen tersebut, yang menampilkan hadiah menarik seperti sebuah Proton e.Mas 5 dan 24 baucar makan eksklusif bernilai RM1,000 setiap satu, Fasa 2 (Burst 2) – yang bermula pada 1 Mei 2026 dan akan berakhir pada 31 Julai 2026 – menawarkan hadiah utama yang luar biasa: perjalanan sekali seumur hidup ke Iceland untuk pemenang bertuah.

Selain itu, seramai 24 pemenang akan menerima pengalaman percutian bernilai RM2,000 setiap seorang, mencerminkan komitmen Allianz Malaysia untuk memperkayakan kehidupan dan memperkasa aspirasi berani. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sambutan bersejarah ini – sertai kemeriahannya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN