PETALING JAYA: Nippon Paint Malaysia merancang memperkenalkan lebih banyak produk baharu bagi terus mengukuhkan ekosistem Penyelesaian Salutan & Pembinaan Menyeluruh (TCCS) pada tahun ini. Pengurus Besar Nippon Paint Malaysia, Tay Sze Tuck berkata, antara yang akan diperkenalkan termasuk siri baharu cat kesan khas dan cat dinding, salutan perlindungan yang dipertingkatkan serta pengembangan penyelesaian bahan campuran kering (drymix). Beliau berkata, langkah itu selaras dengan komitmen syarikat untuk menawarkan inovasi menyeluruh berasaskan…










