PETALING JAYA: AEON Bank, bank digital Islamik pertama di Malaysia, mengorak langkah dalam memperkasakan keterangkuman kewangan dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama syarikat perusahaan sosial, Suri Inspirasi Sdn Bhd (Suri). Kerjasama ini direalisasikan menerusi pelancaran Program Sustainable. Reliable. Income (S.R.I.) yang direka khusus untuk membantu golongan ibu, wanita dan belia daripada komuniti B40 menjana pendapatan yang mampan. Program tersebut juga dibangunkan sejajar dengan inisiatif kewangan sosial iTEKAD kelolaan Bank Negara Malaysia…










