GeoElite simbol kediaman elit, mendamaikan di Genting

GeoElite simbol kediaman elit, mendamaikan di Genting

PROJEK GeoElite hampir siap menjanjikan penginapan perdana dilengkapi kemudahan bertaraf antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DI lereng tanah tinggi yang sentiasa diselimuti kabus nipis dan udara nyaman, sebuah projek hartanah eksklusif kini muncul sebagai kediaman baharu yang mendefinisikan gaya hidup elit. GeoElite Development Sdn. Bhd. menjanjikan pengalaman kediaman yang bukan sekadar mewah, malah sarat nilai gaya hidup dan pelaburan masa depan.

Bertempat di bandar baharu, Genting Permai, Genting Highlands yang terkenal sebagai hab pelancongan utama negara, projek ini mengangkat konsep What It Means to be Elite dengan penekanan kepada penginapan perdana, ketenangan tiada tandingan serta kemudahan bertaraf antarabangsa. Dikelilingi panorama gunung-ganang menghijau dan suhu sejuk semula jadi, GeoElite menjadi simbol kediaman berprestij yang sukar ditandingi.

Gaya hidup berkelas tinggi

Memiliki kediaman di Genting Highlands bukan sekadar soal hartanah, tetapi tentang status dan kualiti hidup. Di sini lah keistimewaan GeoElite terserlah, sebuah kediaman yang menggabungkan pemandangan eksklusif, suasana nyaman pergunungan dan landskap semula jadi yang memukau.

Setiap pagi, penghuni bakal disambut hembusan angin segar pergunungan, jauh daripada hiruk-pikuk kota, namun kekal terhubung dengan dunia luar melalui akses lebuh raya yang lancar. Inilah keseimbangan sempurna antara privasi dan kemudahan, antara ketenangan dan keterhubungan.

‘Syurga’ rekreasi di depan pintu

Keunikan projek ini bukan hanya pada lokasinya, malah pada gaya hidup yang ditawarkan. Dari taman tema keluarga, deretan restoran, ladang strawberi yang memikat sehingga pusat beli-belah premium. Semuanya berada dalam jarak mudah. Setiap hari boleh menjadi pengalaman baharu, setiap hujung minggu menjadi detik berharga bersama keluarga. GeoElite menjadikan rekreasi bukan lagi aktiviti bermusim, tetapi sebahagian daripada rutin harian.

Projek ini dilengkapi pelbagai fasiliti moden yang memenuhi keperluan semua peringkat usia. Antaranya kolam renang dalaman, jakuzi, gimnasium moden, studio yoga serta sauna atas bumbung yang membolehkan penghuni menikmati relaksasi sambil menghadap panorama pergunungan.

Kanak-kanak pula tidak dilupakan dengan kemudahan kids wading pool, taman permainan luar dan dry playland. Bagi mereka yang bekerja secara fleksibel, ruang co-working disediakan untuk memastikan produktiviti tidak terjejas walau berada di kawasan percutian.

Tambahan pula, kemudahan seperti family karaoke, BBQ pit, sky garden, family pavilion serta beranda berlandskap menjadikan setiap detik bersama keluarga lebih bermakna.

Pilihan unit fleksibel, sesuai pelbagai keperluan

GeoElite menawarkan pelbagai jenis unit bagi memenuhi keperluan pembeli berbeza:

  • Type A1 (2,266 kaki persegi) – 5 bilik tidur, 5 bilik air, 1 bilik utiliti, 3 parkir dan dua balkoni dengan pemandangan Genting. Sesuai untuk keluarga besar atau mereka yang mengutamakan ruang luas dan privasi maksimum.
  • Type A (1,375 kaki persegi) – 3 bilik tidur, 3 bilik air, 2 parkir dan balkoni menghadap Genting, ideal untuk keluarga moden.
  • Type B (1,495 kaki persegi) – 3 bilik tidur, 4 bilik air serta bilik utiliti, menawarkan ruang lebih fleksibel untuk kediaman jangka panjang atau pelaburan sewaan.
  • Type B1 (896 kaki persegi) – 2 bilik tidur, sesuai untuk pasangan muda atau rumah percutian eksklusif.
  • Type C (Dual Key, 1,255 kaki persegi) – konsep 2+1 bilik tidur dengan pemandangan gunung, pilihan strategik untuk pulangan sewaan berganda atau kediaman bersama keluarga besar.
  • Type D (975 kaki persegi)- 2 bilik tidur dan 2 bilik air dan bilik mandi kecil (pemandangan Genting) 
  • Type E (1,087 kaki persegi) 2 bilik tidur dan 2 bilik air dan bilik mandi kecil (pemandangan gunung)

Kebanyakan unit dilengkapi balkoni dengan pemandangan Genting atau panorama gunung yang mempesona, memberikan satu nilai tambah yang sukar dicari di kawasan lain.

Pelaburan bernilai tinggi

Dengan reputasi Genting Highlands sebagai destinasi pelancongan berterusan sepanjang tahun, permintaan terhadap kediaman percutian dan sewaan jangka pendek sentiasa kukuh. Faktor lokasi strategik, kemudahan lengkap serta konsep eksklusif menjadikan GeoElite bukan sahaja sesuai untuk didiami, malah berpotensi sebagai aset pelaburan jangka panjang.

Dalam landskap hartanah yang semakin kompetitif, projek ini tampil dengan identiti tersendiri yang menggabungkan kemewahan, ketenangan dan potensi pulangan dalam satu pakej lengkap.

GeoElite bukan sekadar sebuah kediaman. Ia adalah lambang gaya hidup eksklusif di mana setiap hela nafas membawa ketenangan, setiap pemandangan memberi inspirasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN