Ringgit capai paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun

Ringgit capai paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ringgit mencecah paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan dagangan hari ini, menurut penganalisis. 

Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 3.8835/9065 berbanding dolar AS daripada 3.8995/9055 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Peningkatan ini disokong oleh data ekonomi domestik yang kukuh dan prospek pertumbuhan AS yang lemah berikutan pasaran menilai ketidaktentuan baharu berkaitan dasar tarif Washington.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat 2025 mencatatkan pertumbuhan yang perlahan pada 1.4 peratus manakala kadar inflasi kekal melebihi sasaran dua peratus selain sentimen pengguna dan perniagaan yang lemah.

Sementara itu, tarif import AS kembali menjadi tumpuan peniaga susulan keputusan Mahkamah Agung bahawa Presiden AS, Donald Trump tidak mempunyai kuasa perlembagaan untuk mengenakan tarif global secara menyeluruh di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA).

“Presiden Trump tetap bertegas untuk mengenakan tarif menggunakan undang-undang lain, pada masa yang sama, beberapa rakan dagang telah menyatakan bahawa mereka akan menghentikan proses ratifikasi perjanjian perdagangan dengan AS,” katanya.

Dalam aspek lain, Mohd. Afzanizam berkata, pemisahan kuasa masih wujud di AS yang akan memberikan sedikit kelegaan bahawa terdapat mekanisme semak dan imbang untuk memastikan keadaan ekonomi yang adil dan saksama. 

Pada Sabtu, Trump berkata, beliau akan menaikkan tarif global kepada 15 peratus daripada 10 peratus susulan keputusan mahkamah yang membatalkan kebanyakan dasar perdagangannya sebelum ini.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5162/5314 daripada 2.5092/5132 semasa ditutup pada Jumaat lepas, menurun berbanding pound kepada 5.2540/2851 daripada 5.2511/2591 dan rendah berbanding euro kepada 4.5946/6218 daripada 4.5882/5952 sebelum ini.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN