E&O perkenal kediaman eksklusif Seri Embun di Elmina

E&O perkenal kediaman eksklusif Seri Embun di Elmina

SERI Embun direka menyerupai rumah kelab dan ruang bersama yang bakal dibangunkan kelak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEMAJU hartanah, Eastern & Oriental Berhad (E&O) menawarkan Seri Embun, sebuah kawasan kediaman eksklusif berketumpatan rendah serta berpagar dan berpengawal, terletak di lereng bukit yang tenang menghadap City of Elmina.

Projek itu dibangunkan sebagai sebahagian daripada visi jangka panjang kumpulan untuk mewujudkan komuniti terancang yang menggabungkan kediaman berkualiti, kesalinghubungan yang lancar serta reka bentuk berteraskan kelestarian dalam satu alamat yang menyeluruh dan harmoni.

Seri Embun direka menyerupai rumah kelab dan ruang bersama yang bakal dibangunkan kelak, galeri tersebut membolehkan tetamu merasai suasana, aliran ruang dan bahasa reka bentuk yang menjadi teras kehidupan di Seri Embun daripada susun atur berorientasikan kesejahteraan hinggalah kepada persekitaran yang berhubung rapat dengan alam semula jadi.

Selaras dengan tagline, An Enclave Above the Everyday, Seri Embun dirancang secara teliti untuk mereka yang menghargai ruang, ketenangan dan hubungan bermakna dalam komuniti. 

Pembangunan ini menampilkan kediaman superlink tiga tingkat berketumpatan rendah yang mengimbangi gaya hidup kontemporari dengan nilai estetik yang berkekalan, terletak di antara kawasan perbandaran paling pesat membangun di Lembah Klang.

Pengarah Urusan Eastern & Oriental Berhad, Kok Tuck Cheong direka sebagai kejiranan bersepadu, Seri Embun menekankan aksesibiliti, kemudahan harian, daya huni jangka panjang dan integrasi komuniti iaitu keutamaan yang semakin dihargai berbanding hanya kedekatan dengan pusat perniagaan tradisional.

“Seri Embun mencerminkan cara pemikiran yang lebih holistik mengenai tempat orang tinggal, di mana keperluan harian, ruang sosial, peluang kerja dan kualiti hidup bersatu dalam satu persekitaran yang teratur,” katanya.

Pembangunan ini akan dipandu oleh falsafah pembentukan ruang E&O yang telah lama wujud, menekankan reka bentuk berskala manusia, kesalinghubungan dan kebolehsuaian jangka panjang, bukannya mengikuti trend jangka pendek.

Bandar baharu ini dibina berdasarkan pengukuh komuniti utama yang telah diperkenalkan sebelum ini dalam pembangunan E&O di Elmina, termasuk kelab rumah pertama di kawasan itu dan komponen komersial bersepadu yang direka untuk menyokong keperluan harian. 

Kesemua langkah ini mencerminkan strategi susunan yang teliti dalam menubuhkan infrastruktur dan rangka kerja komuniti bersama sebelum pembangunan kediaman bermula.

Terletak di tanah tinggi yang menghadap Elmina, Seri Embun mengambil karakter daripada bentuk semula jadinya, di mana ketinggian dan keterbukaan meningkatkan pengalaman hidup dan mengukuhkan rasa tempat bandar ini dalam konteks yang lebih luas.

Fokus E&O di Elmina bukan sahaja menandakan pelancaran projek kediaman baharu, tetapi juga fasa seterusnya dalam bandar yang direka untuk berkembang secara organik bersama komuniti.

Berkeluasan 14.5 hektar, Seri Embun menampilkan hanya 360 unit kediaman pegangan bebas menekankan persekitaran berketumpatan rendah yang mengutamakan privasi dan kesejahteraan penghuni.

Setiap kediaman dilengkapi lima bilik tidur dan empat bilik mandi, direka khas untuk menyokong kehidupan berbilang generasi serta memenuhi keperluan keluarga yang sentiasa berubah. 

Dengan keluasan binaan antara 2,982 hingga 3,339 kaki persegi, kediaman ini menawarkan ruang yang luas untuk kehidupan seharian, mengadakan majlis serta bersantai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN