Kempen “Mari Raya Bersama” Ajinamoto tawar hadiah RM88,888

Kempen Beli & Menang “Mari Raya Bersama” Ajinamoto tawar hadiah RM88,888

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ajinomoto (Malaysia) Berhad menyatukan rakyat Malaysia menerusi kempen Beli & Menang “Mari Raya Bersama”, yang menghimpunkan Tahun Baharu Cina, Sahur dan Hari Raya. 

Kempen berlangsung dari 26 Disember 2025 hingga 30 April 2026, kempen ini menawarkan hadiah bernilai keseluruhan RM88,888, sambil memupuk nilai kekeluargaan dan kepelbagaian perayaan di negara ini.

Ajinamoto berkata, peserta hanya perlu membeli produk Ajinomoto (Malaysia) Berhad bernilai RM10, mengambil gambar resit pembelian dan menghantarnya melalui WhatsApp di 60113173 8738 atau menerusi laman web smartcooking.com.my bagi menyertai kempen ini.

“Peserta yang menyertai melalui laman web Smart Cooking juga berpeluang menyertai permainan Spin the Wheel untuk memenangi RM88 Touch ’n Go (lima pemenang).

“Sepanjang tempoh kempen ini, peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dengan jumlah keseluruhan bernilai RM88,888,” katanya dalam kenyataan. 

Hadiah utama termasuk Baucar Perjalanan Antarabangsa bernilai RM15,000 (tiga pemenang), Baucar Perjalanan Domestik bernilai RM5,000 (tiga pemenang) serta plat emas 999.9. 

Sementara itu, hadiah utama akan diberikan pada masa tertentu, peserta boleh menghantar penyertaan lebih daripada sekali sepanjang tempoh empat bulan kempen ini, sekali gus memberi peluang berterusan untuk memenangi hadiah mingguan dan kekal terlibat sepanjang musim perayaan.

“Bagi menyemarakkan suasana kempen, peserta yang membuat pembelian melalui kedai rasmi Ajinomoto (Malaysia) Berhad di Shopee, Lazada atau laman web SmartCooking akan menerima sampul duit raya edisi terhad bagi setiap pembelian yang dibuat sepanjang tempoh kempen,” katanya. 

Ganjaran eksklusif ini melengkapkan suasana perayaan dan menambah sentuhan istimewa dalam setiap sambutan.

Selain itu, Kempen Mari Raya Bersama turut memupuk semangat memberi. 

Bagi setiap penyertaan yang diterima, RM1 akan disalurkan kepada dana MyKasih bagi menyokong bantuan pendidikan dan keperluan asas pelajar di Malaysia, sekali gus memperkukuh nilai keprihatinan dan kebersamaan sepanjang musim perayaan.

Sejajar dengan Penciptaan Nilai Bersama (ASV) oleh Kumpulan Ajinomoto, kempen ini menggalakkan hubungan kekeluargaan, amalan pemakanan yang sihat. 

Dengan kolaborasi bersama pencipta kandungan tempatan, kempen ini juga mencerminkan gaya hidup sebenar keluarga Malaysia dan dipromosikan melalui platform digital seperti YouTube, TikTok, dan Meta, agar kemeriahan kempen ini dapat dirasai oleh semua rakyat Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×