Myra Senja perkenal unit kediaman dilengkapi perkakas Panasonic

Myra Senja perkenal unit kediaman dilengkapi perkakas rumah Panasonic

WENDY Lim (paling kanan) bersama Pengarah Bersekutu Panasonic Malaysia, K. Tharmaseelan (dua dari kanan) serta Ketua Sumber Manusia dan Pembangunan Myra Senja, Akil Hassan (paling kiri) pada Majlis Kerjasama Myra Senja dan Panasonic, di Taman Subang Murni, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Myra, segmen kediaman Oriental Interest Bhd. (OIB) menjalin kerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit jualan dari pasaran terbuka pembangunan dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti. 

Inisiatif itu menyokong aspirasi Myra untuk meningkatkan tahap penawaran kediaman di Subang 2 dengan menyediakan rumah yang dilengkapi keperluan moden bagi memudahkan proses pindah masuk serta memenuhi aspirasi pembeli rumah masa kini

Ketua Pegawai Operasi (Wilayah Tengah) di Myra, Wendy Lim  berkata, pembeli rumah hari ini mahukan kemudahan moden yang membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih mudah.

“Mereka tidak ingin kerumitan mencari perkakas, menanggung kos pemasangan atau renovasi yang tinggi, atau menghadapi isu teknikal semasa pemasangan

“Kolaborasi dengan Panasonic, jenama Jepun yang telah beroperasi di Malaysia lebih daripada 49 tahun ini telah menunjukkan kesepaduan nilai dalam menyediakan ciri-ciri menawan dan yang boleh dihasilkan dalam meningkatkan gaya kualiti kehidupan pembeli rumah.

“Kerjasama ini mencerminkan peralihan berterusan kami ke arah pembangunan yang dibentuk berdasarkan reka bentuk teliti dan yang mengambil kira keperluan gaya hidup moden. 

“Matlamat kami adalah untuk mewujudkan kediaman yang mengambil kira setiap aspek penggunaan harian, sekaligus menambah nilai kepada kualiti kehidupan penghuni rumah,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Myra Senja dan Panasonic. 

Myra Senja, kediaman servis yang moden dan pelbagai guna menawarkan unit-unit luas bermula daripada 1,101 kaki persegi hingga 1,409 kaki persegi, dengan harga yang bermula dari RM658.000 hingga RM988,200 bergantung kepada jenis, susun atur dan aras kediaman. 

Terletak di kawasan pinggir bandar yang semakin matang di Subang 2, pembangunan yang merangkumi tiga menara kediaman itu memenuhi keperluan pelbagai lapisan pembeli daripada keluarga muda hingga golongan profesional. 

Melalui perkongsian itu, setiap unit kediaman akan dilengkapi dengan perkakas penting yang direka untuk menjimatkan masa, kos dan keperluan koordinasi yang biasanya diperlukan semasa pengubahsuaian dan pemasangan baru. 

Unit standard akan dilengkapi dengan empat unit sistem penyaman udara inverter, pemanas air elektrik, dan dapur induksi bersaiz 90 sentimeter (cm) yang dipadankan dengan hud (penyedut asap/wap) berbentuk T berwarna hitam. 

Sebagai promosi terhad, unit kediaman lebih luas empat bilik tidur, dengan susun atur dua bilik air akan dilengkapi dengan mesin basuh muatan depan dwifungsi yang juga memberikan kombinası pencuci-pengering pakaian, selain dari peti sejuk pelbagai pintu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN