Tarif AS: Malaysia dikenakan 19 peratus

Tarif AS: Malaysia dikenakan 19 peratus

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan tarif untuk Malaysia pada paras 19 peratus, menerusi arahan eksekutif terbaharunya yang disiarkan laman web rasmi The White House.

Kenyataan bertajuk Pengubahsuaian Lanjut Kadar Tarif Timbal Balik bertarikh 31 Julai 2025 itu menyenaraikan jadual kadar tarif bagi 70 buah negara dan rantau, termasuk Malaysia.

Struktur tarif baharu tersebut akan berkuat kuasa dalam tempoh tujuh hari dan terpakai ke atas semua barangan yang memasuki AS untuk tujuan penggunaan, dengan pengecualian terhad kepada penghantaran yang sudah dalam perjalanan.

Sebagai konteks, negara Asia Tenggara yang lain seperti Vietnam dikenakan kadar 20 peratus, Filipina, Indonesia dan Thailand sebanyak 19 peratus, manakala Myanmar 40 peratus.

Dua negara ASEAN, Laos dan Myanmar, mencatat kadar tertinggi dalam senarai terbaharu dengan tarif 40 peratus, manakala Singapura tidak disenaraikan dalam pusingan pelarasan kali ini.

Sebelum ini, Trump mengumumkan pengenaan timbal balik sebanyak 24 peratus terhadap barangan import dari Malaysia pada April, sebelum ia dinaikkan kepada 25 peratus pada awal Julai lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN