Setia Selama Enterprise sasar pasaran eksport

Setia Selama Enterprise sasar pasaran eksport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIA Selama Enterprise yang bermula dengan perniagaan kuih bahulu dan kuih bangkit pada 2006 kini sudah mengorak langkah untuk menembusi pasaran menembusi pasaran ASEAN tahun depan dalam usaha untuk mengembangkan lagi perniagaan tersebut.

Syarikat tersebut yang mengeluarkan kuih tradisional seperti bahulu dan kuih bangkit di bawah jenama Yeh, kepada pembuatan snek moden seperti wafer gulung dan mini wafer jenama Nassa kini menyasarkan pasaran Singapura untuk strategi eksport mereka.

Pengurus Operasi Setia Selama Enterprise, Muhammad Sidqi Nasaruddin berkata, Singapura menjadi sasaran eksport terdekat kerana logistik yang mudah dan permintaan yang sudah mula wujud. 

“Pasaran ASEAN lebih mudah dicapai. Kalau strategi kami, kita bukan saja boleh tembusi Singapura, tapi juga negara jiran lain,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Muhammad Sidqi berkata, perniagaan tersebut diasaskan diasaskan bersama oleh ibu bapanya iaitu, Nasaruddin Abdullah dan Azifah Zainul Abidin di Changkat Jering, Perak.

Katanya, berniaga bukan sekadar mencari rezeki, tetapi menyambung legasi keluarga. 

Tambahnya, dia menyasarkakan meningkatkan jualan bulanan Setia Selama Enterprise kepada RM80,000 hingga RM100,000 sebulan tahun hadapan, hampir dua kali ganda daripada pendapatan sekarang.

“Peningkatan ini akan dipacu oleh oleh peningkatan pengeluaran melalui automasi dan penempuasan pasaran pasar raya dan eskport.

“Pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk produk mini wafer dan biskut gulung yang dihasilkan di kilang mereka di Kuala Kangsar, Perak sejak 2022 juga akan membantu kami mengembangkan lagi perniagaan.

“Sijil halal memberi keyakinan besar kepada pelanggan dan peruncit. Ia bagaikan pendorong untuk masuk ke pasaran lebih luas,” ujarnya.

 

Muhammad Sidqi berkata, syarikat kini menghasilkan lapan jenis unit simpanan stok (SKU) termasuk lima variasi biskut gulung perisa coklat, strawberi, pandan, durian dan nestum.

“Semua produk kami dihasilkan dari kilang di Kuala Kangsar dengan kapasiti 75 kilogram (kg) sehari atau kira-kira 350 bekas.

“Produk kami kini berada di kedai-kedai di Perak, Pulau Pinang, Kedah serta menembusi pasaran Kuala Lumpur, Selangor, Johor. Permintaan melonjak selepas sijil halal diperoleh,” jelasnya.

Mengulas pelan masa depan, pemuda itu berkata, Setia Selama Enterprise merancang membeli dua mesin automasi bernilai RM100,000 dalam tempoh dua tahun, membolehkan proses membuat wafer gulung dan coklat dilakukan sepenuhnya di kilang. 

Dia percaya langkah ini akan memacu pengeluaran, seterusnya membantu mereka menembusi lebih banyak pasar raya utama seperti Econsave dan AEON, selain rangkaian stesen minyak Petronas dan Shell.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN