PM Jepun hanya tidur empat jam setiap malam

PM Jepun hanya tidur empat jam setiap malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi mengenai beliau hanya tidur antara dua hingga empat jam setiap malam mencetuskan kebimbangan mengenai komitmennya terhadap usaha meningkatkan keseimbangan kerja-hidup rakyat di negara itu.

Pengakuan tersebut dibuat ketika beliau ditanya ahli Parlimen tentang langkah menangani budaya kerja panjang yang sudah lama membebankan masyarakat Jepun.

Takaichi yang mengakui lingkaran gelap pada matanya berpunca daripada rutin tidur tidak menentu berkata, tabiat itu dikongsi bersama idolanya, bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher.
Kontroversi baharu tercetus minggu lalu apabila beliau memanggil para pegawai menghadiri mesyuarat pada pukul 3 pagi bagi membuat persediaan untuk sesi jawatankuasa bajet yang dijadualkan enam jam kemudian.

Jepun sejak sekian lama berdepan budaya kerja yang menuntut komitmen ekstrem sehingga mendorong fenomena karoshi atau kematian akibat kerja berlebihan. Waktu kerja yang panjang turut dikaitkan dengan kadar kelahiran rendah di negara itu, apabila pasangan muda semakin keletihan untuk menyeimbangkan tugas kerja dan keluarga.

Pentadbiran Takaichi menimbulkan kebimbangan apabila membincangkan kemungkinan menaikkan had kerja lebih masa demi merangsang pertumbuhan ekonomi. Namun, beliau menegaskan sebarang perubahan kepada syarat pekerjaan akan tetap mengutamakan kesihatan pekerja dan kesejahteraan keluarga.

Selepas dipilih sebagai Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) pada Oktober, Takaichi pernah menyatakan beliau tidak akan mengamalkan konsep keseimbangan kerja-hidup untuk dirinya.

Namun, kenyataan itu turut mengundang teguran rakan politik dan pembangkang yang bimbang keadaan fizikal beliau.

Walaupun kebiasaan tidur minimum itu membimbangkan, penyelidikan menunjukkan rakyat Jepun secara puratanya juga kurang tidur, iaitu sekitar tujuh jam satu minit pada hari bekerja, lebih rendah berbanding beberapa negara maju lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN