China minta rakyat elak perjalanan ke Jepun

China minta rakyat elak perjalanan ke Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke Jepun susulan kenyataan Perdana Menteri Jepun, Sa­nae Takaichi mengenai kemungkinan serangan terhadap Taiwan.

Kenyataan Takaichi pada 7 November lalu disifatkan sebagai provokatif kerana menyentuh kemungkinan Tokyo mengambil tindakan ketenteraan jika pulau itu diserang.

Susulan itu, Beijing memanggil duta Jepun bagi menyampaikan teguran, manakala Tokyo memanggil duta China selepas satu hantaran dalam talian yang dianggap ‘tidak wajar’ dan kini sudah dipadam.

Jepun menegaskan pendiriannya terhadap Taiwan kekal tidak berubah.

Dalam hantaran di WeChat, kedutaan China di Jepun memberi amaran situasi itu menimbulkan risiko besar terhadap keselamatan rakyat China di negara itu.

Kedutaan dan konsulat China menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke Jepun dalam masa terdekat.

China menegaskan Taiwan yang pernah diduduki Jepun sehingga 1945 adalah sebahagian daripada wilayahnya dan tidak menolak penggunaan kekerasan untuk menguasainya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×