Rizab antarabangsa meningkat kepada AS$120.6 bilion

Rizab antarabangsa meningkat kepada AS$120.6 bilion

BANK Negara Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$120.6 bilion pada 30 Jun 2025, meningkat berbanding AS$119.9 bilion pada 13 Jun 2025. 

BNM berkata, paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing. 

Katanya, paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Komponen utama rizab tersebut ialah rizab mata wang asing (AS$108.0 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$5.9 bilion), emas (AS$4.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).

“Jumlah aset berjumlah RM607.30 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab lain, termasuk SDR (RM510.05 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM13.26 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM27.26 bilion), tanah dan bangunan (RM4.58 bilion) dan aset lain (RM45.30 bilion),” katanya dalam kenyataan.

BNM berkata, jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM639.51 bilion, terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM189.54 bilion), mata wang dalam edaran (RM171.81 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM123.22 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM7.07 bilion), deposit lain (RM75.78 bilion), kertas Bank Negara (RM10.06 bilion), peruntukan SDR (RM27.77 bilion) dan liabiliti lain (RM2.91 bilion). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN