PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 6.56 mata kepada 1,533.76 pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,540.32 pada penutup Khamis.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,538.66.
Jumlah dagangan sebanyak 2.86 bilion unit bernilai RM2.15 bilion.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 603 berbanding 356 dengan 479 kaunter tidak berubah dan 1098 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 370.11 mata atau 0.88 peratus kepada 41,456.23 dan indeks STI Singapura susut sebanyak 0.40 peratus kepada 4,256.11 ketika berita ini ditulis.
Selain itu, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 0.18 peratus kepada 3,196.05. – UTUSAN