MMC Port fail IPO, dijangka terbesar lebih sedekad

MMC Port fail IPO, dijangka terbesar lebih sedekad

PELABUHAN Tanjung Pelepas.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MMC Port Holdings Bhd. telah memfailkan tawaran awam permulaan (IPO) kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) bagi penyenaraian pengendali pelabuhan tersebut di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad.

Menurut draf prospektus itu, MMC Corporation Berhad yang merupakan syarikat induknya memiliki 100 peratus daripada MMC Port akan menjual sehingga 30 peratus kepentingan dalam syarikat tersebut dalam tawaran IPO terbabit. 

“Tawaran IPO MMC Port merangkumi sehingga 4.27 bilion saham, termasuk 3.99 bilion saham untuk pelabur institusi dan 286.1 juta saham untuk runcit,” kata darf tersebut.

Draf prospektus tidak menyatakan saiz IPO atau jadual bila ia akan disenaraikan.

MMC Port mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM636.56 juta pada 2024 daripada RM701.13 juta pada 2023, manakala hasil meningkat hampir 10 peratus kepada RM4.36 bilion.

“Lembaga pengarah percaya bahawa syarikat mempunyai modal kerja yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya 12 bulan sehingga Jun 2026,” katanya.

Syarikat itu adalah sebahagian daripada MMC Corporation yang dinyah senarai dalam penswastaan ​​yang menilai syarikat itu lebih RM6 bilion pada 2021.

Reuters melaporkan pada Februari bahawa penyenaraian MMC Port boleh mengumpul lebih RM6 bilion seawal separuh kedua tahun ini, memetik dua sumber yang mengetahui perkara itu.

Pengendali pelabuhan itu dijangka akan menawarkan IPO terbesar Malaysia dalam tempoh 13 tahun.

MMC Port mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas(PTP) dan Pelabuhan Johor di Johor, Northport di Selangor, Pelabuhan Pulau Pinang di Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Bruas di Melaka dan Pelabuhan Andaman di Kedah.

Syarikat itu juga mempunyai tiga terminal kapal persiaran di negara ini dan akan mencari pelabur utama bagi IPO mereka. 

Kehadiran mereka ke pasaran ekuiti dijangka membantu meningkatkan keyakinan pelabur lain terhadap saham tersebut dan IPO MMC Port turut mempunyai opsyen lebihan langganan (overallotment option) melibatkan tambahan pegangan sebanyak 4.5 peratus jika permintaan daripada pelabur adalah tinggi semasa IPO.

CIMB Investment Bank bertindak sebagai penasihat utama bagi penyenaraian IPO tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN