PETALING JAYA: Malaysia disaran menilai semula pendekatan dalam rundingan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan tekanan untuk meliberalisasikan sektor strategik negara, termasuk perkhidmatan kewangan dan insurans, sebagai pertukaran kepada pengurangan tarif eksport. Pakar ekonomi dari Sunway University, Prof. Dr. Yeah Kim Leng menegaskan bahawa pemilikan asing dalam sektor tertentu boleh dipertimbangkan secara selektif, namun Malaysia perlu mengimbangi antara keperluan pelaburan luar dan perlindungan terhadap kepentingan nasional. Katanya, dalam sektor perkhidmatan…










