Lukisan berkait 1MDB dalam kawalan ketat - Utusan Malaysia

Lukisan berkait 1MDB dalam kawalan ketat

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Waktu ketibaan empat daripada 12 lukisan yang dikaitkan dengan penyelewe­ngan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai lebih AS$30 juta atau RM140 juta tidak didedahkan atas faktor ke­selamatan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia bagi memastikan keselamatan karya seni itu terjamin kerana mempunyai nilai tinggi serta menjadi sebahagian daripada aset siasatan.

“Buat masa ini, butiran terperinci termasuk waktu ketibaan tidak boleh didedahkan bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Sebelum ini, Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengembalikan koleksi lukisan bernilai lebih AS$30 juta kepada Malaysia.

Perkara itu dipersetujui hasil dua siri perbincangan rasmi SPRM bersama Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan DOJ yang berlangsung di Washington dan New York pada 9 dan 11 Disember 2025.

Rabu lalu, akhbar ini melaporkan, empat daripada 12 lukisan itu dijangka tiba di negara ini esok.

Azam berkata, lukisan itu belum tiba di Malaysia kerana perlu melalui beberapa proses sebelum dibawa masuk.

“Lukisan itu masih dalam proses tertentu termasuk dokumentasi dan pengurusan berkaitan sebelum penghantaran dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, kerajaan menanggung kos insurans dan penghantaran kesemua lukisan ber­kenaan ke negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN