Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

Bursa Malaysia dibuka positif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia meningkat 4.25 mata kepada 1,528.09 pukul 9 pagi hari ini, berbanding 1,523.84 pada penutup Rabu.

Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,526.71.

Jumlah dagangan sebanyak 37.77 juta unit bernilai RM18.38 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 91 berbanding 61 dengan 213 kaunter tidak berubah dan 2,056 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 207.16 mata atau 0.54 peratus kepada 38,214.03 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan meningkat sebanyak 0.58 peratus kepada 2,924.03 dan Indeks STI Singapura turun 0.10 peratus kepada 3,915.32.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN