KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia (PayNet) melancarkan fasa baharu Program Akar, sebuah inisiatif pembangunan bakat kebangsaan yang kini berfokuskan kepada kecerdasan buatan (AI) dan sains data. Langkah ini bertujuan untuk memperkukuh persediaan industri perkhidmatan kewangan Malaysia menghadapi cabaran masa hadapan melalui pembangunan tenaga kerja yang celik digital dan bersedia untuk industri. Program ini menekankan latihan praktikal, pembangunan kepimpinan, pendedahan dunia sebenar untuk pelajar universiti dalam bidang pembayaran digital, AI dan…