Pelarasan tarif dijangka lonjak jualan Petronas Gas

Pelarasan tarif dijangka lonjak jualan Petronas Gas

MIDF Amanah Investment Bank mengekalkan saranan ‘beli’ terhadap saham PGB.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurangan tarif untuk pengangkutan dan pengegasan semula terhadap Petronas Gas Bhd. (PGB) dijangka membawa kepada margin jualan yang lebih tinggi dan kos yang lebih rendah untuk pengguna pada tahun ini.

MIDF Amanah Investment Bank Berhad berkata, pihaknya percaya ini boleh meningkatkan daya saing pemain gas, mening­katkan hasil eksport dan merangsang aktiviti ekonomi sepanjang tahun.

“Selain itu, pengurangan tarif boleh membebaskan sumber dan membuka peluang untuk pelaburan dalam penyahkarbonan dan projek boleh diperbaharui, sejajar dengan matlamat kemampanan Malaysia,” kata­nya dalam nota penyelidikan.

PGB mengumumkan bahawa Kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Tenaga telah meluluskan cadangan pelarasan tarif PGB, terpakai untuk tahun kewangan 2025 di bawah Tempoh Kawal Selia (RP2) untuk kemudahan termasuk Kemudahan Gas Tarif Asas RP2 (1 Januari 2023 – 31 Disember 2025).

“Tarif Terlaras tahun kewangan 2025 (1 Januari 2025 – 31 Disember 2025) Tarif Pengangkutan Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) RM1.063/GJ/hari RM1.049/GJ/hari Tarif Mampatan untuk pembekalan gas tekanan tinggi ke Singapura RM1.616/GJ/hari RM1.609 Redanggas Sungai (TSGJ/hari) Tarif RM3.455/GJ/hari RM3.456/GJ/hari Regas Terminal Pengerang (RGTP) Tarif Pengegasan Semula RM3.165/GJ/hari RM3.149/GJ/hari.

“Tarif yang diselaraskan adalah di bawah mekanisme akses pihak ketiga (TPA) dan rangka kerja peraturan berasaskan insentif (IBR),” ujarnya.

Bagaimanapun, bank pe­laburan berkata, risiko kepada penurunan tarif ini kekal sebagai kesan ke atas hasil tahun kewangan 2025, seterusnya menjejaskan kos dalam infrastruktur dan penyelenggaraan.

Jelasnya, ini seterusnya boleh termasuk kemungkinan pelarasan kepada perbelanjaan lain, seterusnya menjejaskan kontrak jangka panjang antara PGB dan pelanggannya yang telah lama wujud.

“Namun begitu, memandang­kan kepakaran dan pengalaman PGB dalam bidang tersebut, serta pelan kawalan kos Petronas, kami percaya risiko kewangan sebegitu boleh dikurangkan.

“Secara keseluruhannya, kami mengekalkan positif pada PGB. Kami berpendapat bahawa perubahan penilaian kami baru-baru ini sejajar dengan perubahan dalam tarif ini. Oleh itu, kami tidak membuat perubahan pada anggaran pendapatan kami pada ketika ini.

“Kami mengekalkan panggilan ‘beli’ dengan harga sasaran (TP) pada RM18.67 sesaham,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN