Jualan kenderaan baharu dijangka jatuh 7% pada 2025

Jualan kenderaan baharu dijangka jatuh 7% pada 2025

PENYUSUTAN jualan dijangka didorong oleh potensi cabaran, termasuk jangkaan pemansuhan subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: CIMB Securities menjangkakan jualan kenderaan baharu Malaysia merosot kepada 755,000 unit tahun ini, penurunan tujuh peratus tahun ke tahun.

Firma penyelidikan berkata, penurunan itu didorong oleh potensi cabaran, termasuk jangkaan pemansuhan subsidi petrol RON95 pada pertengahan 2025 dan kemungkinan semakan kepada kaedah pengiraan nilai pasaran terbuka (OMV), yang boleh membawa kepada duti eksais lebih tinggi.

“Walaupun menghadapi cabaran ini, kami menjangkakan permintaan berdaya tahan dalam segmen kereta di bawah RM100,000 kekal didominasi oleh jenama nasional dan memilih model peringkat permulaan daripada jenama Jepun.

“Jenama nasional mungkin menguasai lebih 80 peratus segmen ini, manakala jenama Jepun dan Cina mewakili baki 20 peratus.

“Kami menjangkakan permintaan untuk model di bawah RM100,000 kekal teguh pada 2025, disokong pembeli kereta kali pertama dan persekitaran kadar faedah akomodatif yang dikekalkan bank pusat Malaysia.

“Selain itu, rancangan kerajaan untuk mengekalkan subsidi bahan api bagi 85 peratus pengguna RON95, seperti yang digariskan dalam Belanjawan 2025 dijangka mengekalkan kemampuan segmen pasaran besar- besaran,” katanya dalam satu nota penyelidikan. 

CIMB Securities berkata, jenama nasional dijangka mengekalkan penguasaan pada 2025, dengan unjuran bahagian pasaran sebanyak 64.5 peratus, berbanding 35.5 peratus bagi jenama bukan nasional.

Menurutnya, Perodua dan Proton melaporkan bahawa mereka telah menghantar masing-masing, 32,202 dan 14,601 unit pada Disember 2024.

“la menjadikan jumlah jualan setahun penuh Perodua kepada rekod 358,102 unit dan Proton kepada 152,352 unit,” katanya. 

Pembuat kereta nasional menganggarkan, jumlah jualan kenderaan baharu pada Disember 2024 melebihi 80,000 unit, menjadikan jumlah volum industri (TIV)  untuk 2024 kepada kira-kira 814,000 unit.

Dalam segmen bukan nasional, Honda mencatatkan satu peratus pertumbuhan dari tahun ke tahun kepada 81,200 unit, manakala volum jualan Toyota turun empat peratus kepada 102,300 unit pada 2024.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN