KUALA LUMPUR: Ryverra Chocolate and Confectionies Sdn. Bhd. (Ryverra), satu daripada jenama coklat tempatan, terus memantapkan langkahnya di pasaran halal sejak memperoleh sijil halal pada 2011 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Pengurus Ryverra Chocolate Story, Mohd. Hanafiah Mohd. Yunos berkata, keputusan untuk mendapatkan pensijilan halal bukan hanya untuk memenuhi keperluan pasaran masyarakat beragama Islam tetapi juga sebagai jaminan kualiti. “Kami ingin memastikan pengguna tidak meragui…