Panduan membeli hartanah kedua

Panduan membeli hartanah kedua

PASTIKAN kedudukan kewangan anda sihat bagi memudahkan proses untuk mendapatkan pembiayaan bagi hartanah kedua anda.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGI mereka yang sudah memiliki rumah pertama, pastinya ia merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. 

Tidak kira rumah dibeli sebagai pelaburan atau kediaman sendiri, sedikit sebanyak ia telah memberikan pendedahan kepada anda tentang situasi serta pengalaman sebagai pemilik rumah.

Jadi, apa risiko dan cabaran untuk membeli rumah kedua nanti? Ringgit berkongsi panduan untuk memudahkan urusan pembelian rumah kedua. 

Matlamat beli rumah kedua

Pertama sekali, tentukan matlamat anda ingin membeli rumah kedua ini. Adakah anda ingin membelinya sebagai rumah kediaman untuk tinggal atau akan disewakan?

Sekiranya anda memilih untuk menjadikan rumah kedua sebagai rumah kediaman untuk tinggal sendiri, ia bermaksud anda perlu mengeluarkan komitmen ansuran bayaran bulanan kepada pihak bank setiap bulan.

Oleh itu, pastikan bayaran ansuran bulanan nanti merupakan jumlah yang mampu dibayar berdasarkan pendapatan yang diperolehi.

Beli rumah untuk disewakan

Sekiranya anda membeli rumah untuk disewakan, jangan lupa untuk melakukan beberapa pengiraan bagi memastikan rumah yang dibeli bukan sahaja mampu dibayar setiap bulan, malah memberi pulangan sewa yang menarik. 

Pastikan anda boleh mendapatkan lokasi yang betul dengan ciri hartanah sewa yang sesuai, lakukan kajian secara terperinci sebelum membuat pembelian rumah serta rangka strategi sewaan berdasarkan hasil kajian dan permintaan sewa.

Buat pengiraan sebelum membeli rumah

Boleh menggunakan pengurusan pinjaman, ‘LoanCare’ bagi mengetahui kelayakan pinjaman perumahan dengan 17 buah bank.

Apa yang menarik, anda juga boleh menggunakan Loancare, bukan sahaja pengiraan yang lebih mudah dan spesifik,  malah membandingkan pilihan anda dengan 17 bank.

Pastikan anda mempunyai tahap kewangan yang kukuh

Seterusnya, tanya diri sendiri adakah diri anda mempunyai tahap kewangan yang kukuh bagi membeli rumah kedua. 

Ingat, layak tidak semestinya mampu. Jadi, lihat dahulu sama ada kewangan dalam keadaan baik atau hanya cukup makan. 

Susun profil kewangan bagi memudahkan pihak bank

Bagi memudahkan pihak bank untuk membuat semakan kelayakan pinjaman perumahan anda, susun dokumen profil kewangan anda dengan baik. 

Ia bukanlah faktor utama menentukan kelulusan pembiayaan perumahan, namun ia boleh membantu melancarkan lagi proses penilaian oleh pihak bank.

Bagi mendapatkan kelulusan pembiayaan rumah, bank tetap akan mengambil kira kedudukan kewangan. 

Buat kajian dan perbandingan pinjaman perumahan

Sebelum membuat pilihan pinjaman perumahan, pastikan anda membandingkan setiap tawaran pinjaman perumahan yang layak. 

Antara beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan bagi pinjaman perumahan iaitu faedah pinjaman bank agar dapat membandingkan kadar faedah bagi setiap tawaran pinjaman daripada pihak bank. 

Selain itu, kadar pinjaman hartanah kedua mungkin berbeza berbanding dengan rumah pertama mengikut polisi pihak bank.

Kebiasaannya, bagi pinjaman rumah pertama, anda mempunyai lebih banyak pilihan skim rumah mampu milik malah pembiayaan rumah sehingga 100 peratus. 

Bagaimanapun, kadar margin pembiayaan rumah bagi rumah kedua biasanya akan diberikan hanya sebanyak 90 peratus . 

Oleh itu, pastikan anda bersedia untuk mengumpul deposit rumah yang diperlukan yang lebih tinggi nilainya.

Kos membeli rumah yang lain

Seperti pembelian rumah pertama, anda memerlukan sejumlah wang bagi kos pembelian hartanah kedua.

Beberapa kos yang perlu dibayar bagi melengkapkan proses pembelian rumah kedua iaitu, deposit, duti setem bergantung kepada harga rumah, yuran guaman bergantung kepada nilaian rumah, bayaran khidmat ejen hartanah biasanya sebanyak tiga peratus, kos penilaian rumah atau valuation, insurans rumah, pengubahsuaian atau kos membaiki rumah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN