Mohd. Idzwan Izuddin Pengerusi PMB Investment baharu

Mohd. Idzwan Izuddin Pengerusi PMB Investment baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) di bawah Pelaburan MARA Berhad, melantik Datuk Mohd. Idzwan Izuddin Ab. Rahman sebagai Pengerusi baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 30 September 2024.

PMB Investment berkata, pelantikan itu menandakan satu pencapaian penting bagi PMB Investment dalam usaha mengukuhkan pertumbuhan dan kepimpinannya dalam sektor pelaburan Islam.

“Kami yakin bahawa kepakaran luas Datuk Mohd Idzwan dalam sektor awam dan swasta akan memandu PMB Investment ke fasa pembangunan seterusnya, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai peneraju pengurusan dana Islam.

“Pelantikan ini sejajar dengan komitmen PMB Investment untuk memupuk pertumbuhan, inovasi, dan kecemerlangan dalam menyediakan penyelesaian kewangan Islam yang terbaik kepada para pelanggannya,” demikian menurut kenyataan.

Mohd. Idzwan membawa lebih 12 tahun pengalaman dalam industri kewangan dan pelaburan, disertai rekod prestasi yang terbukti dalam kepimpinan dan pengurusan strategik.

“Latar belakang akademik beliau merangkumi Ijazah Sarjana Muda dalam Sistem Maklumat dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Ijazah Sarjana dalam Sains Komputer/Teknologi Maklumat dari University of Salford, United Kingdom.

“Beliau juga telah menyelesaikan program profesional dalam Kewangan Islam,” demikian menurut kenyataan.

Sebelum menyandang jawatan sebagai Pengerusi PMB Investment, Datuk Mohd Idzwan telah memegang beberapa jawatan eksekutif kanan, termasuk Pengarah Eksekutif di Bintai Kinden Corporation Berhad dan Invesco Capital Management Berhad.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah CDMH Capital Sdn Bhd.

Pengalaman beliau yang pelbagai merangkumi pelbagai industri, termasuk telekomunikasi, perbankan, dan pengurusan aset.

Selain peranan korporatnya, Mohd. Idzwan turut menyumbangkan kepakarannya sebagai ahli lembaga dalam pelbagai jawatankuasa, termasuk sebagai ahli Majlis Olimpik Malaysia dan sebagai penasihat lembaga kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), di mana beliau mempengerusikan bahagian perolehan dan pelaburan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×