Sunway Maple Residence tarik pembeli Singapura dan Malaysia

Sunway Maple Residence tarik pembeli Singapura dan Malaysia

UNIT di Fasa 1 Sunway Maple Residence dijual pada harga bermula RM1.22 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FASA 1 Sunway Maple Residence, projek rumah teres dua tingkat hak milik kekal di Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) menarik perhatian dengan pencapaian cemerlang apabila  habis terjual dalam masa hanya dua jam selepas pelancaran baru-baru ini.

Projek yang bangunkan oleh Sunway Property, kumpulan pemaju utama menarik kumpulan pembeli yang pelbagai dan majoritinya terdiri daripada rakyat Singapura dan Malaysia yang bekerja di Singapura. 

Lokasinya yang strategik menjadikan SCIP sebagai destinasi gaya hidup utama yang diidamkan oleh masyarakat masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif SCIP, Gerard Soosay berkata, pihaknya berjaya memperoleh keyakinan pembeli dengan menawarkan produk yang bagus, lokasi yang strategik dan diiktiraf sebagai jenama yang boleh dipercayai.

“Pembinaan rumah dua tingkat yang eksklusif di SCIP meningkatkan lagi kebolehdiaman perbandaran bersepadu ini yang menggabungkan elemen kediaman, hospitaliti, komersial, perniagaan, pendidikan dan hiburan dengan sempurna.

“Daya tarikan komuniti ini akan terus meningkat dengan pembinaan Sunway Medical dan Sunway Education,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sedekad yang lalu, pihaknya telah membangunkan ekosistem ini dengan cita-cita untuk mereplikasi dan melangkaui kejayaan Sunway City Kuala Lumpur. 

“Kelahiran Sunway Maple Residence bersempena dengan ulang tahun ke-10 Sunway City Iskandar Puteri jelas membuktikan SCIP sebagai bandar yang berkembang pesat. 

“SCIP telah menjadi tempat di mana komuniti boleh hidup, belajar, bekerja dan bermain di persekitaran yang selamat, sihat, dan bersalinghubung,” ujarnya.

Sunway Maple Residence yang dibangunkan di SCIP seluas 6.14 hektar menawarkan 156 rumah teres dua tingkat berkonsep Semi-D, yang dijual pada harga RM550 kaki per segi, bermula pada harga RM1.22 juta.

Kecemerlangan Sunway City Iskandar Puteri telah diakui dengan pelbagai anugerah berprestij, termasuk Anugerah Kategori Masterplan di FIABCI Malaysia Property Awards 2023 dan GAIA Accord Initiative Awards 2022/2023. 

“Kami berharap momentum ini berkekalan untuk pelancaran Fasa 2 yang akan datang dengan pengenalan 70 unit tambahan. 

“Kami teruja untuk mengalu-alukan lebih ramai keluarga untuk sertai komuniti Sunway Maple Residence agar kami dapat terus membentuk SCIP sebagai bandar pintar dan mampan,” tambah Gerard.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN