Nestlé Malaysia sumbang RM2j untuk mangsa banjir

Nestlé Malaysia sumbang RM2j untuk mangsa banjir

SUKARELAWAN dari Nestlé Malaysia dan PBSM menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NESTLE Malaysia menyumbang sebanyak RM2 juta kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) setakat tahun ini untuk digunakan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan banjir pada musim monsun ketika ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, kerjasama kukuh Nestlé Malaysia dengan PBSM membolehkan syarikat bertindak balas pantas kepada keperluan komuniti yang terdesak akibat banjir. 

“Bermula di Kedah, kami sedia memberikan sokongan di mana perlu, mengukuhkan komitmen kami untuk menabur bakti dan menaikkan semangat rakyat Malaysia terutamanya dalam suasana yang mencabar,” katanya dalam kenyataan.

Tambahnya, bantuan banjir tahun ini bermula di Kedah, dengan lebih 8,000 orang kini mendapatkan perlindungan di pusat bantuan banjir akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Nestlé Malaysia dan sukarelawan PBSM telah digerakkan ke lokasi untuk membantu membungkus dan mengagihkan kotak bantuan makanan yang mengandungi produk-produk Nestlé di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kedah.

Katanya, ini untuk menyediakan bekalan makanan segera kepada mangsa banjir.

Sementara itu, Pengerusi PBSM, Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim

Mu’adzam Shah berkata, kerjasama kukuh dengan Nestlé Malaysia amat berharga dalam misinya untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. 

“Usaha sama ini meningkatkan keupayaan kami untuk menghulurkan bantuan yang tepat pada masanya dan amat berkesan dalam situasi kritikal seperti ini.

“Memandangkan kita mungkin menghadapi kesan banjir yang lebih meluas, sokongan berterusan ini sesungguhnya penting dalam usaha kami menyantuni penduduk yang terkesan di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Nestlé Malaysia berkata, syarikat terus bertekad menyokong masyarakat Malaysia dan sentiasa berganding bahu dengan PBMS untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk di kawasan yang dilanda banjir di seluruh negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN