KUALA LUMPUR: NIZRA Industries menjalinkan kerjasama strategik dengan LpsChain Ltd dalam usaha mengubah cara penyelesaian pengurusan data di Asia Timur.
Ketua Eksekutif NIZRA Industries, Nik Iruwan Datuk Nik Izani berkata, kerjasama itu mewakili perpaduan kepakaran dan wawasan industri dengan teknologi terkini.
“Kami bersedia menentukan semula landskap keselamatan siber di Asia Timur, ” katanya dalam kenyataan.
Katanya, kerjasama itu juga menegaskan kesiapsiagaan meningkatkan keupayaan keselamatan tentera dan negara serta menangani cabaran masa kini dan masa depan secara berkesan.
Beliau berkata, komitmen NIZRA Industries untuk memimpin kemajuan teknologi dan memupuk inovasi dalam sektor keselamatan siber.
Sementara itu, pengasas LpsChain Gökhan Önal berkata, LpsChain bersedia memberikan penyelesaian dalam mengatasi cabaran dinamik yang dihadapi oleh organisasi dalam landskap yang dipacu secara digital pada masa kini.
“NIZRA Industries dan LpsChain berjanji untuk memberdayakan organisasi dengan alat terkini dan wawasan yang diperlukan untuk menyempurnakan operasi, mengurangkan risiko, dan memperkuat langkah keselamatan siber terhadap ancaman yang berubah-ubah, ” ujarnya.
Beliau berkata, LpsChain Ltd akan membawa platform pengurusan data inovatifnya yang dilengkapi dengan rangkaian ciri-ciri menyeluruh yang disesuaikan dengan keperluan perusahaan moden.
“LpsChain akan memastikan pengendalian maklumat secara selamat dan efisien,” ujarnya.-UTUSAN










