MITI bincang dengan Arab Saudi bagi penyediaan tenaga

MITI bincang dengan Arab Saudi bagi penyediaan tenaga

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz (dua dari kiri) dan Zambry Abdul Kadir (tiga dari kanan) pada majlis menandatangani Memorandum MoU antara KPT dan MIDA di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang dalam proses perbincangan dengan Arab Saudi berkenaan penyediaan tenaga.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, rundingan tersebut turut membincangkan bagaimana untuk melaksanakan kerjasama antara dua negara dalam bidang penyelidikan dan inovasi.

Menurutnya, Arab Saudi juga memerlukan kepakaran daripada Malaysia dalam pengurusan haji.

“Sebagai contoh,  mereka memerlukan kepakaran dalam pengurusan haji dan juga dalam industri halal,” katanya selepas majlis  menandatangani memorandum persefahaman ( MoU) antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di sini hari ini.

Baru-baru ini, MITI  menggalakkan syarikat tempatan menjalinkan kerjasama pelaburan dengan syarikat dari Arab Saudi lebih-lebih lagi dalam sektor perkhidmatan.

Ujar Tengku Zafrul sebelum ini, MITI amat mengalu-alukan syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi bertujuan mempertingkatkan perdagangan dan pelaburan dua hala.

Sementara itu, MoU antara MIDA dan KPT  yang menyasarkan melahirkan graduan yang berbakat mahir menyumbang kepada Malaysia di kalangan 30 ekonomi terbesar di dunia menjelang tahun 2033.

Tengku Zafrul berkata, melalui usahasama tersebut, MIDA dan KPT dapat terus memperkukuhkan dan memenuhi permintaan tenaga kerja kerja mahir yang diperlukan oleh pihak industri.

Menurutnya, permintaan terhadap industri untuk melahirkan lebih ramai graduan berkelayakan telah banyak menjadi isu yang dibangkitkan baru-baru ini 

“Justeru saya berasa lega apabila KPT memahami akan keperluan untuk membangunkan modal insan yang bukan saja berkemahiran tinggi dalam bidang teknikal, bahkan mempunyai kemahiran aktif terhadap perubahan ekonomi.

“Kita nak pekerja lebih mampan dan berdaya tahan bukan sahaja di peringkat domestik tetapi di peringkat global,” ujarnya.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, kerjasama tersebut merupakan satu penanda aras yang sangat penting dalam membentuk kerjasama di antara kementerian tersebut.

Kata beliau, seperti mana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, yang mana semua kementerian perlu bekerjasama dalam memastikan agenda negara dapat dilaksanakan.

“Dalam arah memperkasakan graduan tempatan berkemahiran tinggi, kita memperlihatkan  dua kementerian yang sangat penting iaitu MITI bersama-sama KPT untuk menunaikan hasrat kerajaan,” katanya. 

Dalam pada itu, turut diperkenalkan adalah portal MoHE Research and Industry-Infused Incubator (MR13) bagi membangunkan bakat dengan pengetahuan dan kemahiran bertepatan graduan dengan keperluan industri elektrik dan elektronik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×