Kenanga unjur harga minyak sawit mentah pada RM3,800

Kenanga unjur harga minyak sawit mentah pada RM3,800

INDUSTRI minyak sawit Malaysia, menyumbang 23 peratus kepada bekalan global dan menjana AS$22 bilion (RM103.5 bilion) dalam eksport pada 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Berhad (KIBB) mengekalkan unjuran harga  minyak sawit mentah (MSM) pada RM3,800 setiap tan untuk 2024 hingga 2025.

Firma Penyelidikan berkata, pihaknya mengekalkan saranan neutral pada harga minyak sawit mentah seiring dengan panggilan neutral pada sektor perladangan. 

Menurutnya, harga purata minyak sawit mentah pada April adalah RM4,255 setan, iaitu penambahan satu peratus bulan ke bulan dan satu peratus tahun ke tahun, menunjukkan kukuh tetapi tidak berubah.

“Walau bagaimanapun, har­ga mungkin akan berkurangan pada  suku kedua tahun ini kerana penuaian kacang soya Amerika Selatan sedang rancak dan tempahan hari raya serta berkaitan pilihan raya umum India telah pudar.

“Harga minyak sawit mentah yang kukuh berkemungkinan boleh menurun, tetapi keadaan itu masih boleh dikawal oleh inventori minyak makan,” kata nota penyelidikan itu.

Sehubungan dengan kawalan oleh inventori minyak makan, KIBB menganggarkan supaya  perlu menuai 50 tan kacang soya untuk 2024.

Namun, jelasnya, Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) telah menurunkan taraf tanaman Brazil sebanyak tiga peratus, daripada 155 tan kepada 150 tan  kerana banjir telah menjejaskan penuaian Rio Grande do Sul.

Disebabkan saiznya, musim kacang soya Brazil berbeza-beza mengikut wilayah dan boleh menjadi agak panjang tetapi secara keseluruhan, Mac hingga Jun,  yang mana adalah bulan penting untuk penuaian kacang soya Amerika Selatan.

Namun begitu, walaupun Brazil menurunkan taraf, rekod pengeluaran kacang soya masih dijangkakan untuk  tahun 2024.

Dalam masa yang sama, katanya, keadaan itu agak melegakan kerana permintaan minyak makan keseluruhan nampaknya akan melebihi bekalan pada pengeluaran minyak sawit dan hanya peningkatan sederhana dalam penuaian biji sesawi.

 Justeru, katanya, inventori pada April 2024 adalah lebih tinggi daripada jangkaan KIBB sebelum ini. 

Sehubungan itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan pengeluaran minyak sawit April lebih kukuh sebanyak 1.502 juta tan, iaitu penigkatan lapan peratus bulan ke bulan dan penambahan 26 peratus tahun ke tahun.

Katanya, lonjakan 26 peratus tahun ke tahun bagi penuaian pada April adalah disebabkan oleh peningkatan bulan ke bulan dalam pengeluaran minyak sawit April Malaysia adalah lebih normal.

KIBB berkata, sebaliknya bagi eksport pula mula cenderung perlahan bulan ke bulan pada April selepas kenaikan ekoran perayaan Tahun Baharu Cina.

Maka, penurunan eksport, enam peratus bulan ke bulan pada April masih mencapai dua peratus lebih tinggi daripada konsensus,  namun hampir enam peratus lebih lemah daripada anggaran KIBB.

KIBB berkata, inventori akhir 1.44 juta tan, meningkat pada 2.0 peratus bulan ke bulan dan berlaku kenaikan 16 peratus tahun ke tahun, yang mana melebihi anggara firma penyelidikan itu sebelum ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya