[TIDAK RASMI] Mohd. Fared dari BN, atasi calon PH di DUN Semerah

[TIDAK RASMI] Mohd. Fared dari BN, atasi calon PH di DUN Semerah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Fared Mohd. Khalid berjaya memintas pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Mohd. Khuzzan Abu Bakar apabila mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah dengan memperoleh 14,130 undi setakat pukul 8.22 malam tadi.

Mohd. Khuzzan memperoleh 4,170 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Halim Kepol meraih 2,416 undi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan Mohd. Fared memperoleh 68.21 peratus undi, diikuti Mohd. Khuzzan dengan 20.13 peratus manakala Halim memperoleh 11.66 peratus daripada keseluruhan 20,716 undi yang telah dikira.

DUN Semerah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd. Fared Mohd. Khalid (BN), Mohd. Khuzzan Abu Bakar (PH) dan Halim Kepol (PN).

Seramai 47,431 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN