MUAR: Pas ketinggalan di semua kerusi yang ditandingi parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Menerusi papan pemuka kiraan undi tidak rasmi, Pas yang menggunakan lambang Perikatan Nasional (PN) berada di belakang Barisan Nasional (BN) di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Antaranya adalah Endau, Jementah, Maharani, Pasir Raja, Semerah, Sri Medan, Sungai Balang, Tenang dan Tiram
Sementara di DUN Simpang Jeram pula, parti itu di belakang Pakatan Harapan (PH) dan BN. – UTUSAN









