[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Bukit Pasir

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Bukit Pasir

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Barisan Nasional (BN), Mohamad Fazli Mohamad Salleh mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir dengan memperoleh 582 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Mohd. Najib Lep (327 undi) dan calon Perikatan Nasional (PN), Idzhar Nasirruddin (117 undi) setakat pukul 8.21 malam sebentar tadi.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 56.73 peratus undi, diikuti PH dengan 31.87 peratus manakala PN meraih 11.40 peratus daripada keseluruhan 1,026 undi yang telah dikira.

DUN Bukit Pasir menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohamad Fazli Mohamad Salleh (BN), Mohd. Najib Lep (PH) dan Idzhar Nasirruddin (PN-Bersatu).

Seramai 34,142 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN