PETALING JAYA: Bursa Malaysia dijangka terus mengekalkan aliran meningkat selain berpotensi mencecah sekitar 1,680 mata hingga 1,700 mata sekiranya nisbah harga pendapatan (PER) bursa kembali kepada purata jangka panjangnya. Ia berikutan prestasi permodalan pasaran ekuiti Bursa Malaysia yang mencecah paras tertinggi dalam sejarah sebanyak RM2 trilion pada Selasa, yang membolehkan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencapai paras di atas 1,600 mata selepas dua tahun. Pada 9.05 pagi semalam, FTSE…










